Laman Web Kerajaan Malaysia
Laman Web Rasmi Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor
Tel: 03-32806200 Fax: 03-32806400
E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PIONEERING.SUSTAINABLE.INNOVATIVE.SYNERGY
 
Bahasa Melayu (Malaysia)
Berita Umum 3 Politeknik Diumum Sebagai Politeknik Premier

3 Politeknik Diumum Sebagai Politeknik Premier

Teka teki politeknik manakah yang dinaiktaraf ke politeknik premier akhirnya berakhir apabila Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Johor Bahru (PJB) diumumkan sebagai Politeknik Premier.

Pengumuman telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Dato Haji Imran bin Idris sempena Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.

Turut Hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dua Timbalan Menteri KPT dan KSU.

Politeknik premier akan bermula pada sesi pengajian Julai 2010.

Dengan penarafan itu, politeknik premier akan memberi pengkhususan kepada program diploma, diploma lanjutan serta ijazah dan tidak lagi menawarkan program sijil seperti sekarang.

Menurutnya, transformasi ke atas politeknik mampu merubah institusi tersebut dalam melahirkan lulusan yang menepati pasaran kerja sekali gus menjamin kerjaya mereka pada masa depan.

Kerajaan tidak mahu melihat graduan politeknik berhenti menuntut ilmu setakat program diploma sahaja dan terus bekerja selepas itu.

Apa yang kita inginkan ialah lulusan diploma politeknik menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma lanjutan dan ijazah bagi meletakkan kedudukan politeknik setaraf dengan universiti.

 

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2540
mod_vvisit_counterBulan lepas51843

Tarikh: 06 Sep 2010

Siapa Ditalian?

Kami ada 998 pengunjung dalam talian

Selayang Pandang

Skim Baru Untuk Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Pekeliling tersebut boleh didapati dengan memuat-turun fail ini : Pekeliling Skim Baru

Peti Undi

Komen Anda Berkenaan Pesta Konvokesyen Ke-5 PSIS