IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan berikut :-
- 1. a) Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH) Penjaga Jentera Elektrik J19
- b) Jabatan : Politeknik Sultan Idris Shah
- c) Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun (Jawatan Sambilan)
2. Kadar Upah : RM54.00 sehari
- Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Ketua Jabatan dan PSH akan mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan
- ( Tempoh bekerja adalah 9 jam sehari termasuk waktu rehat )
3. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia,
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup,
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 ( Sistem Voltan Rendah ) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, iaitu – A0/A
- - A4-2/A4-1/A4
- - B0-2/B0-1/B0/B1/B4,
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan dan
- Berkebolehan dalam mengendalikan Komputer.
4. Taraf Jawatan : Sambilan
- Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan eletrik 1994
- 6. Cara Memohon : Muat Turun
- Muat Turun Borang Permohonan Jawatan Kosong di sini
- Muat Turun Iklan Jawatan PSH Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 di sini
- 7. Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum 31hb Januari 2020 (Jumaat) ke alamat berikut:-
- Pengarah
- Politeknik Sultan Idris Shah
- Sungai Lang
- 45100 Sungai Air Tawar
Selangor - Tel : 03-3806200
- Faks: 03-32806400
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan semua sijil bagi kelayakan yang di syaratkan dan sekeping gambar berukuran passport.
- Jabatan ini tidak akan melayan sebarang tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
- ZULKIFLI BIN MAT NASIR
- Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
- b.p Pengarah
- Politeknik Sultan Idris shah
- Kementerian Pendidikan Malaysia.