Tazkirah Hari Ini....

Unit Peperiksaan

images

 

 

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa transkrip akademik boleh dituntut di Unit Peperiksaan bermula 29 OGOS 2016.

Berikut adalah borang berkaitan yang perlu dibawa ketika pemohon membuat tuntutan transkrip tersebut.

1. Borang Tuntutan Transkrip Akademik
2. Borang Penyerahan Kuasa (Wakil) Pengambilan Transkrip Akademik (sila sertakan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil)

Tahniah Dengan Keputusan Anda!MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR PSIS

  1. Tarikh keputusan rasmi Penilaian Akhir Setiap Sesi akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
  2. Keputusan peperiksaan boleh diketahui melalui cara berikut;
    1. Rujuk laman web PSIS iaitu www.psis.edu.my di ruangan SPMP (bagi pelajar semester 1 hingga 8)
    2. Rujuk laman web PSIS iaitu www.psis.edu.my di ruangan e-Exam (bagi pelajar semester 9)
  3. Slip keputusan tidak dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan tetapi pelajar boleh memuat-turun (download) dan cetak melalui laman web PSIS (SPMP atau e-Exam).
  4. Rayuan berkenaan keputusan penilaian hendaklah dibuat dengan surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan dan perlu disertakan dengan bayaran RM50.00 dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Rayuan lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Rayuan keputusan penilaian perlulah disertakan dengan bahan/dokumen bukti sebagai sokongan (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  5. Rayuan untuk menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hendaklah dikemukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Setiap rayuan semakan perlu disertakan dengan bayaran RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Keputusan rasmi selepas rayuan tersebut adalah muktamad (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  6. Tuntutan Transkrip Akademik bagi pelajar semester akhir yang menamatkan pengajian dengan jayanya hanya dibenarkan setelah dimaklumkan melalui laman web rasmi PSIS.

Sebarang keraguan atau pertanyaan hendaklah disampaikan ke Unit Peperiksaan PSIS melalui alamat di bawah:-

Pegawai Peperiksaan
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100, Sg Air Tawar
Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
*Nota: Sila nyatakan no. pendaftaran dan no telefon anda apabila berurusan.

VISI
MENJADI UNIT PENTAKSIRAN YANG MENJANA PENTAKSIRAN JITU DAPAT MENGUKUR POTENSI SESEORANG PELAJAR SECARA HOLISTIK BERSESUAIAN DENGAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.

MISI
MENYELARAS, MELAKSANA DAN MEWUJUDKAN SUATU SISTEM PENGUKURAN DAN PENILAIAN YANG BERMUTU BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERWIBAWA, BERDAYA MAJU DAN VERSATIL

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com