1. Lulusan yang kehilangan Sijil/Transkrip Akademik boleh memohon untuk mendapatkan salinan Sijil/Transkrip Akademik. Lulusan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
    1. Salinan Laporan Polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Transkrip Akademik.
    2. Borang Permohonan Salinan Sijil/Transkrip Akademik.
  1. Bayaran (mengikut jenis permohonan).
  1. Permohonan SIJIL perlu disertakan bersama-sama dengan :
    1. Salinan Kad Pengenalan lulusan.
    2. Salinan Transkrip Akademik lulusan.
  1. Permohonan TRANSKRIP AKADEMIK perlu disertakan bersama-sama dengan :
  2. Salinan Kad Pengenalan lulusan.
  3. Salinan keputusan peperiksaan lulusan.
  4. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama PENGARAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
    1. Sijil (Versi BM) RM 50.00
    2. Sijil (Versi BI)             RM 50.00
  1. Semua dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah. Permohonan lulusan akan diproses dalam tempoh masa EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh permohonan diterima.
  2. Salinan Sijil/Transkrip Akademik boleh dituntut di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah melalui kaedah seperti berikut :
    1. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah.
    2. Wakil (Hadir bersama Surat Rasmi Kebenaran untuk mewakili lulusan).