Tazkirah Hari Ini....

 

Semua pelajar yang telah menamatkan pengajian mulai Sesi Disember 2018, cetakan sendiri Surat Perakuan/Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional (transkrip sementara) boleh dilakukan melalui SPMP i-Exam.

Pelajar boleh mencetak :

  • Surat Perakuan Tamat Pengajian

Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang.

  • Transkrip Provisional

Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.

  • Surat Pengesahan Tamat Pengajian

Tempoh masa cetakan – Selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.

Tatacara Cetakan Perakuan/ Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional adalah seperti di Lampiran.

Untuk makluman, Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak oleh Unit Peperiksaan selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang. Mohon rujuk makluman di laman web Politeknik Sultan Idris Shah tarikh dan prosedur menuntut transkrip akademik.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan UNIT PEPERIKSAAN di talian 03-3280 6200.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com