Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa transkrip akademik lulusan sesi Disember 2018 (*Yang tamat Latihan Industri pada Bulan Mei 2019) boleh mula dituntut di Unit Peperiksaan PSIS mulai 23 September 2019 (Isnin). Semua lulusan perlu memuat turun borang dan bawa bersama borang tuntutan transkrip sewaktu proses tuntutan dilakukan.

Jika lulusan tidak dapat hadir, lulusan boleh menghantar wakil (*Hanya boleh ambil untuk seorang lulusan sahaja) dan wakil hendaklah mengemukakan borang yang telah diisi oleh lulusan beserta dengan salinan kad pengenalan wakil dan salinan kad pengenalan lulusan.

Hanya borang yang lengkap beserta dengan pengenalan diri SAHAJA yang boleh membuat tuntutan transkrip.

MUAT TURUN BORANG TUNTUTAN TRANSKRIP AKADEMIK (*SILA BAWA BERSAMA SALINAN IC ANDA BESERTA BORANG YANG TELAH LENGKAP SEWAKTU PROSES TUNTUTAN).