Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kolej kediaman telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kolej Kediaman. Status keputusan adalah muktamad dan boleh dirujuk di sistem SPMP melalui menu I-Kamsis bermula pada 18 November 2019. Hanya pelajar yang menepati kriteria yang telah ditetapkan sahaja ditawarkan Kolej Kediaman.
  1. Sehubungan itu, maklumat berkaitan pendaftaran dan pembayaran yuran perlulah dirujuk di laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah. Pelajar diingatkan untuk mematuhi tarikh dan masa pendaftaran yang telah ditetapkan supaya proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar.

“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4 – BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]

  1. Bagi pelajar yang berjaya ditawarkan Kolej Kediaman, butiran pendaftaran adalah seperti berikut:

                                    Tarikh / Hari             : 7 Disember 2019 / Sabtu

                                     Masa                         : 8.00 pagi – 3.00 petang

                                     Pakaian                    : Formal

                                    Tempat                      : Dewan Seri Lang, PSIS

  1. Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa hari pendaftaran:
  1. Surat Tawaran Kolej Kediaman (yang telah dikemaskini dengan No. Bilik)
  2. Slip Pengesahan Lapor Diri Pelajar
  3. Slip Bayaran Yuran Kolej Kediaman (RM60.00)
  4. Slip Bayaran Aktiviti Kolej Kediaman (RM50.00)

 

 

 

  1. Bagi pelajar yang tidak berjaya, permohonan rayuan bolehlah dibuat bermula pada 18 November 2019 sehingga 24 November 2019 secara atas talian (On-line) melalui menu I-Kamsis dan berserta dengan surat permohonan rayuan kolej kediaman kepada Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
  1. Perhatian dan tindakan daripada semua pelajar adalah sangat diharapkan dan

didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. CHE SAMSURIZA BIN HJ. CHE NOH)

KETUA JABATAN JPPPel

Samb. : 6258

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.