2.   Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan rayuan kolej kediaman tapisan ke 3 telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Rayuan Kolej Kediaman. Status keputusan adalah muktamat dan boleh dirujuk di laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah pada 23 Julai 2019. Hanya pelajar yang berjaya  menepati kriteria yang telah ditetapkan sahaja ditawarkan kolej kediaman. (Klik sini untuk lihat senarai nama yang berjaya)


3. Sehubungan itu, maklumat berkaitan pembayaran yuran perlulah dirujuk di laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah. Pelajar diingatkan untuk mematuhi tarikh dan masa pendaftaran yang telah ditetapkan supaya proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar.
“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4- BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]


4. Bagi pelajar yang telah berjaya ditawarkan kolej kediaman, butiran pendaftaran adalah seperti berikut:

Tarikh    : 23 - 25 Julai 2019
Masa     : Waktu Pejabat 
Pakaian : Formal 
Tempat  : Pejabat Kolej Kediaman, PSIS


5. Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa hari pendaftaran:

a) Kad Pelajar
b) Slip lapor diri Pelajar Senior 
c) Slip bayaran yuran asrama (RM60) dan bayaran aktiviti asrama (RM50)

6. Perhatian dan tindakan daripada semua pelajar adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. CHE SAMSURIZA BIN HJ. CHE NOH) 
Samb. : 6258
E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.