Tazkirah Hari Ini....

Unit Asrama

Tuan/Puan,

TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SENIOR (RAYUAN) SESI JUN 2018

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1.   Untuk makluman semua pelajar, keputusan rayuan boleh dirujuk melalui pautan ini ( SENARAI NAMA RAYUAN TAPISAN KEDUA)
  1. Sehubungan dengan itu, pelajar yang ditawarkan kolej kediaman perlu membuat pendaftaran masuk kolej kediaman pada ketetapan berikut:

            Tarikh: 23-25 Julai 2018

            Masa : 8.30 pagi -4.30 petang (waktu pejabat)

            Tempat: Pejabat Asrama

  1. Semasa proses pendaftaran, pelajar perlulah mematuhi semua perkara berikut:
  2. Pelajar sentiasa memakai kad pelajar dan berpakaian formal.
  3. Pelajar hendaklah mematuhi etika rupa diri pelajar politeknik.
  4. Pelajar hendaklah menunjukkan bukti (RESIT) bayaran yuran Kolej Kediaman.
  5. Semua pelajar yang telah menerima tawaran asrama WAJIB mematuhi Peraturan Kolej Kediaman dan Tatatertib Am Kolej Kediaman.
  6. Pemberian sticker kamsis akan dibuat di pejabat asrama pada 25/7/2018 (9.30 malam)
  7. Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran pada tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah kepada pihak pengurusan asrama akan dianggap MENOLAK TAWARAN dan kelayakannya DIGUGURKAN.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

                           salsabilah

(SAL SABILAH BINTI MOHAMAD TAHIR)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Untuk makluman semua, pendaftaran kolej kediaman bagi pelajar senior akan dilaksanakan seperti butiran berikut:

TARIKH / HARI: 28 JUN 2018 / KHAMIS

MASA             : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT          : DEWAN SERBAGUNA

PAKAIAN       : FORMAL & MENUTUP AURAT (MUSLIM)

 

  1. Sehubungan dengan itu, semua pelajar DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen berikut:
  2. Kad pelajar
  3. Slip pengesahan lapor diri
  4. Surat tawaran kolej kediaman (berserta nombor bilik)
  5. Slip bayaran yuran kolej kediaman
  1. Kegagalan pelajar untuk hadir pada tarikh tersebut akan menyebabkan tawaran menduduki kolej kediaman ini ditarikbalik.

“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4 – BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]

  1. Perhatian dan kerjasama semua amatlah diharapkan agar proses pendaftaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

Berikut disertakan lampiran proses pendaftaran asrama bagi kemudahan semua pelajar.

  1. Carta Alir Pendaftaran Senior
  2. Susunatur Dewan Ketika Hari Pendaftaran
  3. Pelan Lalulintas PendaftaranPelan Lalulintas Pendaftaran

 

Sekian, terima kasih.

Ketua Warden PSIS

 

 

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kolej kediaman telahpun dikeluarkan. Status keputusan boleh dirujuk di sistem SPMP melalui menu I-Kamsis. Hanya pelajar yang berjaya  sahaja ditawarkan kolej kediaman.
  1. Sehubungan itu, maklumat berkaitan pendaftaran dan pembayaran yuran akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah. Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan akan dianggap MENOLAK TAWARAN dan kelayakannya DIGUGURKAN.

 

“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4- BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]

 

  1. Bagi pelajar yang tidak berjaya, permohonan rayuan bolehlah dibuat bermula pada 30 April 2018 sehingga 30 Mei 2018 secara atas talian (On-line) melalui menu I-Kamsis.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

                          

(SAL SABILAH BINTI MOHAMAD TAHIR)

Samb. :

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

apply

ARAHAN MENGOSONGKAN BILIK KAMSIS/ASRAMA

 

1.

Semua Penghuni Asrama dikehendaki mengosongkan  semua bilik penginapann KAMSIS sepanjang cuti akhir semester sesi  Disember 2017.

 
 

a)

Tarikh akhir memulangkan Kunci Bilik adalah pada  13 April 2018 (Jumaat ) jam 4.15 petang.Walaubagaimanapun pelajar boleh mengosongkan bilik dan Memulangkan Kunci lebih awal sekiranya peperiksaan akhir telah tamat.

 
 

b)

Semua urusan pemulangan kunci hendaklah dilakukan sendiri oleh Penghuni Asrama bertempat di Pejabat Asrama pada waktu Pejabat  ( 8.30 pagi  - 4.30 petang )

(Sila pastikan perkara 3 dibawah  diambil tindakan sewajarnya sebelum menyerahkan kunci  Bilik )

 
 

c)

Bagi kes  tertentu sahaja pemulangan kunci akan dipertimbangkan selepas waktu Pejabat di Pejabat Asrama  mulai  jam ( 9.30 – 10.30 malam ) oleh Penghuni sendiri setelah menghubungi Warden yang bertugas .               

(Walaubagaimanapun sila pastikan perkara 3 dibawah diambil tindakan sebelum menyerahkan kunci  bilik )

 

2.

Ketua Blok/Ketua Aras dikehendaki memulangkan semua cerek dan seterika ke Pejabat Asrama sebelum /pada  12 April 2018. Semua urusan hendaklah dilakukan  semasa waktu Pejabat  ( 8.30 pagi - 4.30 petang )

         

3.

Sebelum Penghuni meninggalkan bilik ,Sila Pastikan :-

 

*

Bilik dibersihkan dan Sampah hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dan kedudukan perabot hendaklah disusun dalam keadaan asal.Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan serta kemudahan,penghuni diminta untuk membayar “ gantirugi “

 

*

Pintu Bilik hendaklah dikunci

 

*

Menutup suis lampu dan kipas DAN menutup Punca Paip Air di Bilik Air.

 

*

Mengeluarkan kesemua barangan milik sendiri dari bilik atau mana -mana kawasan di asrama .Sebarang alat atau benda yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan dan akan dibuang oleh pihak KAMSIS/Asrama (Tidak dibenarkan menyimpan barangan dimana - mana blok asrama kecuali dengan kebenaran pihak Pengurusan Asrama )

 

 

*

Sila pastikan langsir setiap bilik berada ditempat  (Tidak dibuka atau hilang )

4.

Perkara - perkara yang mengakibatkan permohonan asrama  DITOLAK :-

 
 

*

Gagal memulangkan sendiri kunci Bilik semasa meninggalkan asrama dan menandatangani sendiri senarai pengesahan pemulangan kunci Bilik

         
 

*

Meninggalkan bilik Asrama dalam keadaan  kotor/tidak kemas/bersepah dengan sampah.

 

*

Gagalnmemulangkan sendiri kunci Bilik semasa meninggalkan asrama dan menandatangani sendiri senarai pengesahan pemulangan kunci Bilik

Jadilah Insan yang perihatin dan bertanggungjawab demi kebaikan semua....

Pihak pengurusan asrama mengucapkan

SELAMAT BERCUTI DAN SEMOGA BERJUMPA LAGI DI SESI  jun 2018

Pengurus Asrama  

Politeknik Sultan Idris Shah

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Permohonan asrama (senior) SESI JUN 2018 dibuka dari 7 Mac 2018 sehingga 30 Mac 2018. Oleh itu, Pelajar Senior  PSIS yang berminat untuk mendiami  kolej kediaman pada semester hadapan boleh membuat permohonan seperti berikut:

                    a) Mengisi borang secara online melalui sistem SPMP (I-kamsis),

                   b) Mencetak dan melengkapkan borang permohonan, dan

                   c) Menghantar borang ke PEJABAT ASRAMA dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  1.   Bagi pelajar yang menangguh pengajian, anda boleh menghantar borang secara terus atau secara pos ke alamat berikut:

PENGURUS ASRAMA

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. SUNGAI LANG

45100 SUNGAI AIR TAWAR

SELANGOR

(U/P : PEMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN (SENIOR) JUN 2018)

 

  1. PERINGATAN KEPADA PELAJAR :

                  a) Pemohonan yang lengkap sahaja diterima untuk proses kelayakan asrama  sesi JUN 2018

                  b) Pelajar yang gagal memulangkan kunci bilik mengikut peraturan pemulangan kunci pada akhir sesi DISEMBER 2017 tidak akan dipertimbangkan                                        pemohonan kolej kediaman bagi sesi JUN

 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

(SAL SABILAH BINTI MOHAMAD TAHIR)

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com