perasmian arena petanque

12 Feb 2020: Majlis Perasmian Arena Petanque PSIS

YBhg. Datuk AB Rahim B Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia telah merasmikan arena petanque Politeknik Sultan Idris Shah pada petang tadi.

Beliau berkata permainan petanque ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kriteria tertentu untuk menjadi pemain. Walaupun permainan ini nampak mudah namun permainan ini menuntut pemain untuk fokus dan strategi yang baik untuk memenangi perlawanan. 

Pada petang tadi turut diadakan perlawanan petanque yang melibatkan pegawai pengurusan PSIS dan pemain petanque PSIS dikalangan pelajar.

Majlis petang ini dikelolakan oleh SPSKK PSIS.


#PSIS_DesigningYourFuture