Pasukan Petanque PSIS telah menjalani sesi pemilihan Petanque Politeknik Selangor di Kolej Komuniti Kuala Langat pada 22 Feb 2020 lepas. Pemilihan dikendalikan oleh PBS sebagai Penyelaras Politeknik Selangor bagi persediaan MSP 2020 pada Jun nanti. Seramai 13 orang atlit PSIS telah menyertai dan dua orang atlit wanita telah terpilih mewakili Pasukan Politeknik Selangor selepas menjalani saringan yang bermula pada jam 10am hingga 4pm.
Tahniah!!
12 Feb 2020: Majlis Perasmian Arena Petanque PSIS
YBhg. Datuk AB Rahim B Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia telah merasmikan arena petanque Politeknik Sultan Idris Shah pada petang tadi.
Beliau berkata permainan petanque ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kriteria tertentu untuk menjadi pemain. Walaupun permainan ini nampak mudah namun permainan ini menuntut pemain untuk fokus dan strategi yang baik untuk memenangi perlawanan.
Pada petang tadi turut diadakan perlawanan petanque yang melibatkan pegawai pengurusan PSIS dan pemain petanque PSIS dikalangan pelajar.
Majlis petang ini dikelolakan oleh SPSKK PSIS.
#PSIS_DesigningYourFuture
Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 telah diadakan pada 18 November 2019 bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah. Pada majlis berkenaan seramai 37 anggota PISPA PSIS telah ditauliahkan kepada Pegawai Sukarela PS13 dengan gelaran Staf Muda (PA)..Seramai 37 anggota PISPA PSIS telah ditauliahkan kepada Pegawai Sukarela PS13 dengan gelaran Staf Muda (PA)..Tahniah PSIS!!
![]() |