cdosPSIS MEMENANGI 2 KATEGORI THE MOST PROMISING PRIZE PADA CIDOS INSPIRING LEARNING AWARDS 2014
Shah Alam- Pada 1hb Oktober 2014 yang lepas, bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), telah berlangsungnya Majlis CIDOS Inspiring Learning Awards 2014. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pemenang yang telah bertanding sepanjang program ini dijalankan.

 

Pertandingan kali telah ini menyaksikan 2 kumpulan daripada PSIS yang berjaya meraih 2 hadiah iaitu THE MOST PROMISING PRIZE bagi kategori SCORM KING COMPETITION dalam penghasilan bahan e-pembelajaran bertajuk DPK1013 Shorthand 1 dan DPK1033 Keyboarding. Kumpulan untuk bahan e-pembelajaran DPK1013 Shorthand 1 terdiri daripada Cik Noor Azura binti Azmi (JP), En Nizam bin Mohd Nasir (JTMK) Puan Emey Suriana binti Yaacob (JP), Puan Nurhafizah binti Hamidon (JP) dan Puan Radika a/p Subramaniam (JPA). Manakala untuk kumpulan DPK1033 Keyboarding pula, ahli-ahlinya terdiri daripada En Norman bin Zamri, Puan Norbizuna binti Abd Rashid, Nurul Azzaliyana binti Norman, Nurul Ilyana binti Baharudin, dan En Syaiful Idzwan bin Mahmud.
Pada majlis tersebut, En Nizam bin Mohd Nasir telah mewakili kedua-dua kumpulan untuk menerima hadiah berupa wang tunai RM1000 untuk setiap kumpulan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datuk Hj Mohlis bin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik.

 

edola