PERTANDINGAN eDOLA 2017 (CIDOS INSPIRING LEARNING AWARDS)
Pertandingan akan dilaksanakan pada tahun 2017. Objektif pertandingan adalah untuk membangunkan bahan eKANDUNGAN yang berkualiti serta menambahbaik pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) secara atas talian.
A) MOOC MASTER COMPETITON 2017
B) eMICRO CONTENT COMPETETION (eMCC)
C) TVET TUNES 2017
D) THE TVET eCONVERGENCE COMPETITION
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLEH DIMUATNAIK DENGAN MENGKLIK LOGO BAGI SETIAP PERTANDINGAN.
SILA SEMAK MAKLUMAT TERBARU BERKAITAN PERTANDINGAN INI DARI MASA KE SEMASA DI LAMAN SESAWANG
http://www.celtpoliteknik.org/
AJK E-LEARNING PSIS.
CURRICULUM INFORMATION DOCUMENT ONLINE SYSTEM (CIDOS)
Adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sebagai medium interaksi antara pensyarah, pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Menyediakan platform untuk menyimpan, memapar, menyedia maklumat pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikongsi dengan tepat secara berpusat.
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS 2.5)
Merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak BPPK untuk kegunaan semua Politeknik dan Kolej Komuniti. Aplikasi sistem ini menyediakan platform kepada pensyarah untuk berinteraksi bersama pelajar.
PERANAN ADMINISTRATOR BPPK
Mengawalselia pangkalan data LMS 2.5, serta menguruskan pengendalian dan pengurusan LMS serta memberi latihan dan khidmat sokongan kepada ADMIN LMS POLITEKNIK.
PERANAN ADMINISTRATOR LMS 2.5 PSIS
Administrator berperanan untuk membantu mengujudkan platform pensyarah, memberi latihan dan bantuan sokongan teknikal serta mengawalselia pendaftaran pelajar baru ke dalam pangkalan data LMS 2.5 bagi setiap semester.
Jawatankuasa yang mengurus, merancang, dan mentadbir segala urusan berkaitan pembelajaran elektronik (e-learning), menyedia kemudahan capaian kepada maklumat PnP untuk pensyarah bagi mencapai matlamat Dasar E-Pembelajaran Negara (DEPAN).
“Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCEL2014). dianjurkan sebagai platform mempromosikan aplikasi e-learning dan praktis Blended Learning yang akan disertai oleh IPTA dan IPTS seluruh Malaysia serta warga malaysia amnnya. Karnival e-Learning Kebangsaan ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA dengan kerja sama Jabatan Pengajian Tinggi serta Majlis E-Learning IPTA Malaysia (MEIPTA).
NUCEL2014 ini akan diadakan pada 14-15 November 2014 (Jumaat-Sabtu) bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Aktiviti yang akan dijalankan diantaranya adalah pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL), pertandingan fotografik / manipulasi digital, pertandingan pembangunan courseware (OER - Open Educational Resources), pertandingan pembangunan sistem dan aplikasi mobile, pameran IPTA dan IPTS, serta penyampaian Anugerah E-Learning Kebangsaan.”
PSIS MEMENANGI 2 KATEGORI THE MOST PROMISING PRIZE PADA CIDOS INSPIRING LEARNING AWARDS 2014
Shah Alam- Pada 1hb Oktober 2014 yang lepas, bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), telah berlangsungnya Majlis CIDOS Inspiring Learning Awards 2014. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pemenang yang telah bertanding sepanjang program ini dijalankan.