Semua Warga PSIS,
MAKLUMAN JADUAL PENGUTIPAN SAMPAH DI SEMUA RUMAH SAMPAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa berikut adalah jadual pengutipan sampah yang dijalankan oleh pihak syarikat mengangkut sampah yang dilantik :
Hari kutipan sampah : ISNIN, RABU DAN JUMAAT
Masa : Sekitar jam 9.00 pagi
Lokasi : Semua rumah sampah dan tempat pembuangan sampah.
3. Bagi sisa pepejal daripada makmal dan bengkel, sampah-sampah tersebut perlu dihantar ke tempat pengumpulan sampah di hadapan Blok J dan ianya akan dikutip setiap awal bulan oleh syarikat angkut sampah tersebut.
4. Oleh hal demikian, adalah diharapkan pihak tuan puan dapat mengambil perhatian dan menjaga kebersihan demi keindahan dan kesejahteraan bersama.
Sekian, harap maklum.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MOHAMAD YUSOF BIN MAULAN)
Pegawai Pembangunan dan Penyelenggaraan
Politeknik Sultan Idris Shah
PENGENALAN
Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan (UPP) merupakan salah satu unit sokongan akademik di dalam Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyenggara keseluruhan fasiliti di PSIS. UPP memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap peralatan dan fasiliti berada dalam tahap yang baik dan digunakan ke tahap optimum didalam menampung keperluan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
UPP bertanggungjawab dalam merangka dan merancang setiap kerja – kerja pembangunan dan penyenggaraan kemudahan infrastruktur dan juga aset supaya sentiasa memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan kepada pengguna.
Penyenggaraan yang tidak memuaskan akan mendatangkan kesan yang kurang baik terhadap segala kemudahan dan aset yang disediakan. Dalam usaha untuk menghasilkan penyenggaraan yangberkesan, satu pendekatan yang lebih komprehensif harus dilaksanakan. Oleh yang demikian segala rungutan dan aduan yang berkaitan dengan kerosakan infrastruktur dan aset perlu diberi tindakan segera dan menjamin segala aktiviti yang akan dilaksanakan tidak terganggu.
VISI UPP
Menjadi Satu Unit Yang Efektif Dan Efisien Dalam Melaksanakan Kerja-Kerja Senggaraan Dan Pembangunan Di Politeknik Sultan Idris Shah.
MISI UPP
Pemberian Perkhidmatan yang mesra pelanggan terhadap setiap aduan kerosakan yang dilaporkan serta melaksanakan penyenggaraan dan pembangunan yang memberi keselesaan kepada warga Politeknik Sultan Idris Shah.
OBJEKTIF
FUNGSI / PERANAN
PIAGAM PELANGGAN (KPI)
Mohamad Yusof Bin Maulan
Ketua Unit Pembangunan & Penyelenggaraan
Politeknik Sultan Idris Shah
![]() |