Tazkirah Hari Ini....

Unit Perpustakaan

SELAMAT DATANG KE PORTAL

Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah

libportalogo

PERPUSTAKAAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


PANDUAN & PERATURAN

 


Peralatan Elektronik


1. Peralatan elektronik seperti laptop, kamera digital boleh di bawa masuk dengan kebenaran pegawai perpustakaan.

2. Menonton filem dan permainan video game di laptop sendiri adalah tidak dibenarkan sekiranya perbuatan tersebut mengganggu pengguna lain.

3. Memainkan lagu di laptop adalah tidak dibenarkan kecuali dengan memakai headset atau earphone


 Penggunaan Komputer


 1. Perkhidmatan komputer yang disediakan oleh pihak perpustakaan bertujuan membantu pengguna perpustakaan mencari maklumat dengan lebih cepat dan terkini, membantu menyiapkan tugasan, akses kepada CIDOS dan akses kepada web akademik dan ilmiah yang berkaitan dengan pembelajaran sahaja.

2. Penggunaan yang bertujuan mencari hiburan seperti game, muat turun lagu, video, chatting di laman web sosial dan sebagainya yang melalaikan dan tidak berfaedah adalah dilarang sama sekali.

3. Menulis maklumat lengkap pada buku pendaftaran penggunaan komputer.
Kad matrik mesti diserahkan kepada pegawai yang menjaga kaunter dan akan di kembalikan setelah selesai penggunaan komputer.

4. Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja.

5. Tidak dibenarkan menyambung tugasan pada komputer yang sama setelah tamat tempoh sejam sekiranya terdapat pendaftaran pengguna lain pada komputer tersebut.

6. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan/masalah pada komputer mesti dilaporkan dengan segera kepada pegawai yang bertugas.

7. Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer

8. Dilarang memasang atau memadam perisian pada komputer.

9. Dilarang menyimpan (SAVE) sebarang dokumen di dalam hard disk komputer.

10. Akses kepada internet hanyalah untuk tujuan ilmiah sahaja. Dilarang sama sekali melayari Laman Web yang tidak bermoral (Laman Web Lucah), laman web sosial dan laman sembang yang tidak memberi manfaat kepada pengguna.

11. Menonton filem dan permainan video game adalah tidak dibenarkan
Memainkan lagu adalah tidak dibenarkan kecuali dengan memakai headset atau earphone

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com