Tazkirah Hari Ini....



PERPUSTAKAAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH



DASAR


 Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah adalah komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam menguruskan dan menyediakan sumber maklumat sebagai pemangkin dan usaha ke arah menyokong kemajuan Akademik Politeknik sejajar dengan Visi, Misi dan Objektif Politeknik Sultan Idris Shah.

 


 OBJEKTIF PENUBUHAN


Objektif penubuhan Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah (PPSIS) adalah untuk :

  1. Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul , memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Sultan Idris Shah
  2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat dan mesra bersesuaian dengan Misi perpustakaan.
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.
  4. Mempromosi dan menggalakkan Budaya Membaca dan Literasi maklumat melalui pelaksanaan aktiviti dan kepelbagaian program seperti yang di sarankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
  5. Membantu melahirkan warga PSIS yang berilmu melalui sokongan terhadap sumber rujukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com