Tazkirah Hari Ini....

PANDUAN PENCARIAN BAHAN PERPUSTAKAAN


Koleksi di Unit Perpustakaan di susun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey Decimal (DDC) yang mempunyai 10 kelas utama iaitu:

KELAS PERKARA 
 000  UMUM
 100  FALSAFAH
 200  AGAMA
 300  SAINS KEMASYARAKATAN
 400  BAHASA
 500  SAINS TULEN
 600  TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI DAN SEJARAH

PERATURAN


  1. Mestilah sentiasa memakai kad matrik atau kad pelajar semasa berada di dalam perpustakaaan dan mematuhi pemakaian dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan oleh HEP.
  2. Pegawai yang bertugas berhak memeriksa nota-nota, fail dan lain-lain bahan keluar masuk perpustakaan.
  3. Berkelakuan sopan dan tertib
  4. Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan tidak menjolok mata, tidak dibenarkan memakai selipar ke perpustakaan
  5. Telefon bimbit hendaklah berada dalam mod senyap ketika berada di dalam perpustakaan
  6. Dilarang mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian mukasurat buku , majalah dan surat khabar
  7. Jangan tinggalkan barang-barang berharga di rak menyimpan barang-barang. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang
  8. Tidak dibenarkan tidur, merokok dan berkelakuan tidak sopan di antara pelajar lelaki dan perempuan ketika berada di dalam perpustakaan
  9. Tidak dibenarkan mana-mana kumpulan pengguna melaksanakan sesi perbincangan, taklimat, mesyuarat atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana-mana ruang terbuka kerana ini akan menggangu pengguna lain.
  10. Untuk tujuan dia atas, sila gunakan "Bilik Perbincangan"
  11. Semua urusan perkhidmatan perpustakaan hanya akan bermula pada jam 8.00 pagi dan jam 8.30 pagi hari Jumaat.
  12. Penggunaan Komputer dan melayari internet hanya tujuan ilmiah sahaja
  13. Memuat turun lagu, permainan komputer, menonton filem, chatting di laman sosial adalah dilarang sama sekali
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com