Tazkirah Hari Ini....

Kempen Kesedaran Alam Sekitar PSIS

MAKLUMAN LARANGAN PENGGUNAAN POLYSTREEN, PLASTIK DAN KERTAS SEBAGAI PEMBUNGKUS MAKANAN & MINUMAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

2.     Dimaklumkan bahawa, selaras dengan objektif Politeknik Sultan Idris Shah sebagai "POLYGREEN",
pihak pengurusan PSIS mengambil langkah inisiatif dengan memastikan kebersihan alam sekeliling
sentiasa terpelihara.

3.     Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah, tidak membenarkan pengusaha kafetaria PSIS menggunakan
polystreen, plastik dan kertas sebagai bahan pembungkus makanan atau minuman. Sehubungan itu, dipohon
semua warga PSIS membawa bekas makanan dan minuman sendiri untuk membungkus makanan yang hendak
dibeli.

4.     Semoga dengan langkah awal yang sedang dikuatkuasakan di PSIS ini, dapat membudayakan sikap dan rasa tanggungjawab yang tinggi ke atas kebersihan alam sekitar.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
(ZULKIFLI BIN MD. ISA)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
b.p Pengarah
     Politeknik Sultan Idris Shah
 
Kempen Zero Sampah
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com