Tazkirah Hari Ini....

Unit Teknologi Maklumat

DKICT

Dasar Keselamatan ICT

Mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan Aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Politeknik.

Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di JPP dan Politeknik mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT.

Dasar ini dibuat berasaskan kepada Dasar Keselamatan ICT MAMPU yang sedia ada.

Sila rujuk dokumen penuh di sini.

Borang Akujanji Penerimaan dan Penggunaan Peralatan ICT, PSIS

Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT JPP dan Politeknik

Save Our Energy

  1. Setkan komputer dalam "Standby Mode" ketika tidak menggunakan komputer contohnya pada waktu rehat atau ketika pensyarah ingin keluar mengajar
  2. "Shutdown" Komputer selepas tamat waktu pejabat
  3. "Shutdown" semua peralatan ICT seperti Printer, Photostat Machine, Scanner dan Projektor selepas waktu pejabat
  4. Tutup lampu pejabat pada waktu rehat.
  5. Untuk peralatan ICT di makmal, sila patuhi tatacara penggunaan dan tatacara "Proper Shutdown" peralatan ICT seperti yang disarankan oleh Juruteknik
  6. Tutup lampu makmal ketika tiada kelas / tiada pelajar didalam makmal.
  7. Ketik "Switch Off" pada Soket Kuasa selepas membuat "Proper Shutdown" bagi mengurangkan "Phantom Energy"

printer paper stuckDalam usaha untuk mempertingkatkan sistem penyampaian di Politeknik, saranan YAB Perdana Menteri di Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara (NAFAM) 2007 perlu diberi perhatian. YAB Perdana Menteri menegaskan usaha menjana mentaliti kelas pertama didalam masyarakat merangkumi budaya penyelenggaraan yang jitu seiring dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) yang sedang berkuatkuasa serta merujuk dokumen kualiti. Bagi membantu peyelenggaraan agar ia tidak terhenti dalam tugas juruteknik sahaja,  manual peralatan yang datang bersama peralatan perlu menjadi rujukan ketika menggunakan peralatan tersebut bagi mengurangkan kebarangkalian kerosakan yang akhirnya dapat memanjangkan hayat peralatan tersebut.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com