Tazkirah Hari Ini....

Berita Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan

Semua Warga PSIS,

MAKLUMAN JADUAL PENGUTIPAN SAMPAH DI SEMUA RUMAH SAMPAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa berikut adalah jadual pengutipan sampah yang dijalankan oleh pihak syarikat mengangkut sampah yang dilantik :

Hari kutipan sampah : ISNIN, RABU DAN JUMAAT
Masa : Sekitar jam 9.00 pagi
Lokasi : Semua rumah sampah dan tempat pembuangan sampah.

3. Bagi sisa pepejal daripada makmal dan bengkel, sampah-sampah tersebut perlu dihantar ke tempat pengumpulan sampah di hadapan Blok J dan ianya akan dikutip setiap awal bulan oleh syarikat angkut sampah tersebut.

4. Oleh hal demikian, adalah diharapkan pihak tuan puan dapat mengambil perhatian dan menjaga kebersihan demi keindahan dan kesejahteraan bersama.

Sekian, harap maklum.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHAMAD YUSOF BIN MAULAN)
Pegawai Pembangunan dan Penyelenggaraan
Politeknik Sultan Idris Shah

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com