Tazkirah Hari Ini....

Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan

Semua Warga PSIS,

MAKLUMAN JADUAL PENGUTIPAN SAMPAH DI SEMUA RUMAH SAMPAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa berikut adalah jadual pengutipan sampah yang dijalankan oleh pihak syarikat mengangkut sampah yang dilantik :

Hari kutipan sampah : ISNIN, RABU DAN JUMAAT
Masa : Sekitar jam 9.00 pagi
Lokasi : Semua rumah sampah dan tempat pembuangan sampah.

3. Bagi sisa pepejal daripada makmal dan bengkel, sampah-sampah tersebut perlu dihantar ke tempat pengumpulan sampah di hadapan Blok J dan ianya akan dikutip setiap awal bulan oleh syarikat angkut sampah tersebut.

4. Oleh hal demikian, adalah diharapkan pihak tuan puan dapat mengambil perhatian dan menjaga kebersihan demi keindahan dan kesejahteraan bersama.

Sekian, harap maklum.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHAMAD YUSOF BIN MAULAN)
Pegawai Pembangunan dan Penyelenggaraan
Politeknik Sultan Idris Shah

PENGENALAN  yusof

Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan (UPP) merupakan salah satu unit sokongan akademik di dalam Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyenggara keseluruhan fasiliti di PSIS. UPP memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap peralatan dan fasiliti berada dalam tahap yang baik dan digunakan ke tahap optimum didalam menampung keperluan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.                                                                                                                                                                                                        

UPP bertanggungjawab dalam merangka dan merancang setiap kerja – kerja pembangunan dan penyenggaraan kemudahan infrastruktur dan juga aset supaya sentiasa memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan kepada pengguna.

Penyenggaraan yang tidak memuaskan akan mendatangkan kesan yang kurang baik terhadap segala kemudahan dan aset yang disediakan. Dalam usaha untuk menghasilkan penyenggaraan yangberkesan, satu pendekatan yang lebih komprehensif harus dilaksanakan. Oleh yang demikian segala rungutan dan aduan yang berkaitan dengan kerosakan infrastruktur dan aset perlu diberi tindakan segera dan menjamin segala aktiviti yang akan dilaksanakan tidak terganggu.

 

 


 

VISI UPP

Menjadi Satu Unit Yang Efektif Dan Efisien Dalam Melaksanakan Kerja-Kerja Senggaraan Dan Pembangunan Di Politeknik Sultan Idris Shah.

 


 

MISI UPP

Pemberian Perkhidmatan yang mesra pelanggan terhadap setiap aduan kerosakan yang dilaporkan serta melaksanakan penyenggaraan dan pembangunan yang memberi keselesaan kepada warga Politeknik Sultan Idris Shah.

 


 

OBJEKTIF

  1. Memastikan segala kemudahan infrastruktur di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)  berfungsi dengan baik supaya ianya dapat menjadikan politeknik ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  2. Menyediakan kemudahan yang kondusif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang  selesa di PSIS untuk melahirkan graduan yang  berilmu dan berketerampilan selari dengan falsafah Negara.
  3. Memberi perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal untuk menyokong usaha PSIS bagi menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti .

 

FUNGSI / PERANAN

  1. Melakukan perancangan kerja-kerja pembangunan di Politeknik Sultan Idris Shah.
  2. Melakukan kerja-kerja penyenggaraan supaya sistem yang sedia ada dapat berfungsi dengan baik.
  3. Menerima aduan kerosakan serta membuat tindakan susulan.
  4. Membantu dari segi teknikal dan bukan teknikal dalam menjayakan program diperingkat politeknik ataupun jabatan.
  5. Membuat pemantauan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.
  6. Merekabentuk dan mentadbir persekitaran PSIS yang kondusif agar menyumbang kepada kecemerlangan akademik.

 

PIAGAM PELANGGAN (KPI)

  1. Memastikan pembangunan Infrastruktur yang dirancang dilaksanakan di dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Memastikan kemudahan Infrastruktur berada pada tahap yang terbaik sepanjang masa.
  3. Memastikan kerosakan sistem bekalan air, sistem bekalan elektrik dan sistem kumbahan  dibaiki dengan kadar segera bergantung kepada keadaan kerosakan dan peruntukan kewangan.
  4. Memastikan sebarang aduan kerosakan akan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja bergantung kepada jenis kerosakan yang berlaku.
  5. Memastikan pelaksanaan kerja senggaraan dan pembangunan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

Mohamad Yusof Bin Maulan

Ketua Unit Pembangunan &  Penyelenggaraan 

Politeknik Sultan Idris Shah

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com