Tazkirah Hari Ini....

Berita Unit Perhubungan dan Latihan Industri

SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2018 DAN JUN 2018 (MP)

Saudara/Saudari,

 

PENYELIAAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Untuk makluman, Politeknik Se-Malaysia akan menjalankan penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalani Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2018 dan Jun 2018 (MP) di seluruh negeri dalam Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau akan menghubungi organisasi dimana saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri bagi tujuan tersebut di atas. Saudara/Saudari boleh merujuk Senarai Zoning Pelajar PSIS di : http://bit.ly/ZONING_JUN18
  1. Tempoh penyeliaan adalah antara 27 Ogos 2018 hingga 26 Oktober 2018. Saudara/Saudari diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan masing-masing.  Diharapkan proses penyeliaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara organisasi penempatan latihan industri saudara/saudari dengan pihak politeknik. Keprihatinan saudara/saudari berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menurut perintah,

(NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI)

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

b.p. Pengarah

       Politeknik Sultan Idris Shah

       Kementerian Pendidikan Malaysia

SEPERTI SENARAI DI LAMPIRAN A

 

Saudara/i,

PERINGATAN AKHIR : PENGHANTARAN KAD LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan Surat Peringatan PSIS/600-2/1(75) bertarikh 18 Julai 2018 adalah berkaitan.

  1. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami masih belum menerima Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Latihan Industri saudara/i mengikut tempoh yang ditetapkan seperti diarahkan sebelum ini.
  1. Sehubungan dengan itu, saudara/i dikehendaki memastikan kad-kad berkenaan sampai ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah selewat-lewatnya pada 05 Ogos 2018 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri.
  1. Saudara/i boleh dicadangkan Gagal Kursus Latihan Industri sekiranya gagal berbuat demikian.

Sekian, harap maklum.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI )

Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri

b.p. Pengarah

       Politeknik Sultan Idris Shah

       Kementerian Pengajian Tinggi      

SEPERTI SENARAI DI LAMPIRAN A

 

Saudara/i,                                          

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI JUN 2018 (MP)(16 JULAI 2018- 30 NOVEMBER 2018)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan proses merekod penerimaan Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Kursus Latihan Industri bagi sesi Jun 2018 (MP)(16 Julai 2018- 30 November 2018). Dukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari masih belum melengkapkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan (dua (2) minggu selepas pelajar melapor diri di organisasi).
  1. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari seperti senarai nama di Lampiran A dikehendaki menghantar dokumen berkenaan sebelum 6 Ogos 2018 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Jun 2018 (MP).
  1. Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/saudari dianggap “Tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7 Tindakan Hukuman) ”.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI )

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

b.p. Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Selangor      

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com