Tazkirah Hari Ini....

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

SEPERTI SENARAI DI LAMPIRAN A

 

Saudara/Saudari,                              

PERINGATAN PENGHANTARAN KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI DAN KAD MAKLUMAT SEMASA KURSUS LATIHAN INDUSTRI BAGI SESI JUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan proses merekod penerimaan Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat Semasa Kursus Latihan Industri bagi sesi Jun 2018. Dukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari masih belum melengkapkan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan (dua (2) minggu selepas pelajar melapor diri di organisasi).
  1. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari seperti senarai nama di Lampiran A dikehendaki menghantar dokumen berkenaan sebelum 23 Julai 2018 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Jun 2018.
    1. Jabatan Hospitaliti
    2. Jabatan Kejuruteraan Awam
    3. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
    4. Jabatan Perdagangan
    5. Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  1. Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/saudari dianggap “Tidak melapor diri di organisasi dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7 Tindakan Hukuman) ”.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI )

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

b.p. Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Selangor      

bengkelLI banner

Tuan/Puan,

BENGKEL PENGENALAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan jadual bagi Bengkel Pengenalan Kursus Latihan  Industri Sesi Disember 2018 seperti di Lampiran 1. Pindaan ini melibatkan pelajar JKA sahaja.

           

  1. Sehubungan dengan perkara tersebut, mohon kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan maklumat berkenaan kepada pelajar di bawah seliaan tuan/puan yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Disember 2018 seperti di Lampiran 1. Semua pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN hadir dan diberikan pengecualian kuliah.

           

  1. Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(WAN YASIMA BT MOHAMAD AMIN)

Samb. : 6203

E-mel  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2017 (MP)

(05 Februari 2018 hingga 22 Jun 2018)

Politeknik Sultan Idris Shah

Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri adalah seperti ketetapan di bawah :-

 

            Tarikh                        : 25 Jun 2018            

            Hari                            : Isnin

            Masa                          : 8.00 pagi

            (Tempoh Penilaian  : 25 Jun 2018 hingga 26 Jun 2018)

 

  1. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari diarah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan merujuk dokumen berikut :

Lampiran 1     Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2017(MP)

Lampiran 2     Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat Dan Penilaian Kursus Latihan Industri

Lampiran 3     Carta Alir Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri

Lampiran 4     Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2017(MP)

Klik Sini untuk muat turun dokumen.

Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa   ke semasa.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(WAN YASIMA BINTI MOHAMAD AMIN)

Timbalan Pengarah Akademik

b.p. Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com