Tazkirah Hari Ini....

Unit Peperiksaan

KEPADA SEMUA PELAJAR PSIS YANG TELAH TAMAT PENGAJIAN 

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar yang berkaitan bahawa surat pengesahan tamat pengajian secara online telah di muat turun di dalam spmp.psis.edu.my.

Pelajar-pelajar boleh mencetak SURAT PENGESAHAN  TAMAT PENGAJIAN mengikut tatacara berikut:-

KLIK DI SINI ====>> TATACARA UNTUK MENCETAJK SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

SUKACITA DIMAKLUMKAN KEPADA PELAJAR BERKAITAN, BAHAWA TRANSKRIP AKADEMIK BAGI SEMUA LULUSAN SESI JUN 2016 BOLEH MULA DITUNTUT DI UNIT PEPERIKSAAN MULAI 10 APRIL 2017 (ISNIN).TUAN/PUAN MESTILAH MEMUAT TURUN BORANG-BORANG BERIKUT BAGI TUJUAN PROSES PENYERAHAN TRANSKRIP.

1. BORANG TUNTUTAN TRANSKRIP AKADEMIK.
2. BORANG PENYERAHAN KUASA (WAKIL) PENGAMBILAN TRANSKRIP AKADEMIK (*JIKA TUAN/PUAN TIDAK DAPAT HADIR BOLEH DIWAKILKAN DENGAN SYARAT TUAN/PUAN TELAH MENGISI BORANG KUASA DAN MEMBERI SESALINAN KAD PENGENALAN TUAN/PUAN DAN KAD PENGENALAN WAKIL)

SEKIAN,UNTUK MAKLUMAN.


-Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


ROHAYA BINTI RASMIN
Pegawai Peperiksaan (Rekod & Pensijilan)
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor.
03-3280 6200 Ext: 6236

 

 

Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik telah diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Seiring dengan peredaran masa, kriteria pemilihan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik perlu dilihat dari perspektif baharu supaya sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Penganugerahan dan pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan menggalakkan penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Kepentingan aktiviti kokurikulum adalah sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penambahbaikan berkaitan penganugerahan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada politeknik dan pihak kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada politeknik dan pihak berkepentingan luar. Pengiktirafan kecemerlangan ini adalah komprehensif dan adil berdasarkan penilaian terhadap pelbagai aspek kecemerlangan supaya sejajar dengan keperluan domain hasil pembelajaran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

image

  OBJEKTIF

Mengiktiraf dan menghargai pelajar yang telah mencapai tahap kecemerlangan.

Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum

.Mendorong pelajar untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di pelbagai peringkat

Menerapkan budaya kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum,kemahiran kepemimpinan dan sahsiah pelajar.

Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti akademik supaya pelajar sentiasa berfikir kreatif dan inovatif.

 

 

 

 

 

KATEGORI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK

ANUGERAH KETUA JABATAN PNM ≥ 3.50

 

ANUGERAH KETUA JABATAN 

Anugerah ini akan diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang pada semester dinilai kecuali ketika menjalani latihan industri. Bilangan penerima anigerah ini adalah tidak terhad.

 

BENTUK ANUGERAH

Penerima akan dianugerahkan:-

i. Sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan disampaikan pada Majlis Anugerah Ketua Jabatan masing-masing.

ii. Slip Keputusan Penilaian Akhir Semester bercetak dengan perkataan 'Anugerah Ketua Jabatan'.

 

SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

  1. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester dinilai.
  2. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang diambil pada semester yang dinilai.
  3. Telah mengambil jumlah kredit bersamaan 12 kredit (pelajar sepenuh masa) dan 5 kredit (pelajar KSS) atau lebih pada semester yang dinilai seperti yang telah ditetapkan dalam buku 'Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi'.
  4. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik pada semester yang dinilai.

 

KAEDAH PENGANUGERAHAN

 i. Keputusan penilaian akhir bagi setiap semester akan digunakan sebagai asas penganugerahan.

ii. Keputusan penganugerahan akan disenaraikan dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.

iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad.

ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN HPNM ≥ 3.50

ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN

Anugerah ini akan diberikan kepada para pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.

 

BENTUK ANUGERAH

Penerima akan dianugerahkan:-

i. Pingat Ketua Jabatan yang dipakai semasa menghadiri majlis konvokesyen politeknik.

ii. Sijil Anugerah Khas Ketua Jabatan (AKKJ) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan diserahkan kepada pelajar semasa majlis konvokesyen politeknik.

 

SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

  1. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
  2. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik pada semester yang dinilai.

 

KAEDAH PENGANUGERAHAN

 i. Keputusan penilaian semester akhir akan digunapakai sebagai asas penganugerahan.

ii. Keputusan penganugerahan akan disenaraikan dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.

iii. Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah muktamad.

 

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM (JABATAN)

Penerima anugerah ini terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajiannya di politeknik. Penerima anugerah adalah pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian. bilanag penerima adalah terhad kepada seorang bagi setiap jabatan dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Nama penerima anugerah akan direkodkan sebagai Pelajar Cemerlang Jabatan di jabatan berkenaan. Semua bentuk anugerah akan disampaikan semasa majlis konvokesyen politeknik.

 

BENTUK ANUGERAH

Penerima akan dianugerahkan :

  1. Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum yang ditandatangani oleh Pengarah;
  2. Wang tunai atau cek bernilai sekurang-kurangnya RM 300.00; dan
  3. Plak iringan

 

SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

i. Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan HPNM pada semester akhir bersamaan atau melebihi 3.50

ii. Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang telah diambil.

iii. Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum.

iv. Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80%. Rujuk Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Jabatan) seperti di Lampiran APCP 01 (A)

ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK

Your text...

ANUGERAH TAN SRI DATO' DR. ROZALI ISMAIL

Your text...

Tab Title 2

Your text...

 

 

 

 

 

 

images

 

 

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa transkrip akademik boleh dituntut di Unit Peperiksaan bermula 29 OGOS 2016.

Berikut adalah borang berkaitan yang perlu dibawa ketika pemohon membuat tuntutan transkrip tersebut.

1. Borang Tuntutan Transkrip Akademik
2. Borang Penyerahan Kuasa (Wakil) Pengambilan Transkrip Akademik (sila sertakan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil)

Prosedur dan Proses Permohonan Sijil/Transkrip Gantian Politeknik Sultan Idris Shah

LIHAT CARTA ALIR PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL/TRANSKRIP GANTIAN

Permohonan hendaklah dibuat di Kaunter Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah

  1. Dapatkan Borang Permohonan di Kaunter Unit Peperiksaan atau muat turun melalui Portal Rasmi PSIS
  2. Sila Pilih dan Isi Borang Mengikut Jenis Permohonan (Jenis Kes) seperti Berikut :
      1. SIJIL ROSAK (Borang PSIS/UPEP/01)
      2. KESILAPAN CETAK SIJIL (Borang PSIS/UPEP/01)
      3. SIJIL HILANG (Borang PSIS/UPEP/02) - Perlu Sertakan Salinan Keputusan Peperiksaan Pemohon
  3. Pastikan maklumat - maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan diisi dengan lengkap beserta dokumen sokongan lain yang seperti yang diminta sekiranya perlu.
  4. Hantar ke Kaunter Unit Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com