Tazkirah Hari Ini....

Pengenalan

Sistem Penasihatan Akademik (SPA) telah diperkenalkan di Politeknik sejak tahun 2004. Tujuan kewujudan sistem ini untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti, sahsiah dan soft skills yang tinggi. Oleh yang demikian pelajar diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang pengajiannya. PA berperanan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut.

Objektif

  1. Membimbing pelajar dalam merancang pengajian dan aktiviti ke arah meningkatkan pencapaian akademik dan potensi individu.
  2. Melatih pelajar mendapatkan kemahiran dan merangka strategi pembelajaran untuk mencapai matlamat diri.
  3. Memberi nasihat dan pendedahan mengenai laluan kerjaya.

Peranan Dan Tanggungjawab PA

Mengemaskini dokumen/rekod Penasihatan Akademik secara bercetak atau secara atas talian.

1. Akademik Pelajar

  1. Membimbing dalam merancang dan menyusun struktur pembelajaran baik secara menyeluruh mahupun bagi setiap semester bersesuaian dengan kemampuan pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran.
  2. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta memantau pencapaian hasil pembelajaran dengan membangunkan kemahiran dan strategi belajar yang betul.
  3. Membantu pengurusan masa bagi dimanfaatkan sepanjang pengajiannya di politeknik bagi meningkatkan hasil pembelajaran.
  4. Mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan serta runding cara khas seterusnya merujuk pelajar berkenaan kepada pihak yang berkenaan.
  5. Membantu pelajar mematuhi dan peka kepada semua peraturan yang berkaitan.
  6. Memantau/mengawalselia/memastikan pendaftaran kursus.

2. Pembangunan Diri Pelajar

  1. Memaklum dan menerangkan kepada pelajar mengenai analisa keputusan Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang diterima dari Unit Psikologi Dan Kerjaya (UPK).
  2. Membantu membina matlamat.
  3. Membantu mengekalkan motivasi dalaman menerusi motivasi luaran yang berterusan.
  4. Menyemak kemajuan melalui buku Manual Inspirasi Tranformasi Diri dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  5. Merekod serta membuat refleksi setiap perjumpaan. (Rujuk Lampiran 3)
  6. Membantu memantapkan kemahiran berkomunikasi berkesan serta kemahiran asertif.

3. Laluan Kerjaya

  1. Memastikan pelajar mendapat pendedahan mengenai peluang dan kaedah melanjutkan pengajian, menjadi usahawan atau laluan kerjaya yang boleh diceburi melalui aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak politeknik sebelum bergraduat.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com