Tazkirah Hari Ini....

Unit Perpustakaan

SELAMAT DATANG KE PORTAL

Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah

libportalogo

posterCendekia

PANDUAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF

CENDEKIA: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS 2018

 

 

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan bagi penulisan dan penerbitan Cendekia: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS terbitan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

  1. PENGENALAN

Cendekia: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS akan diterbitkan sekurang-kurangnya SATU (1) kali setahun dan sumbangan penulisan adalah terbuka kepada kakitangan PSIS.

 

  1. SYARAT UMUM
  1. Penulisan yang dihantar hendaklah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan, cetakan, jurnal, prosiding atau seumpamanya.
  1. Penulisan tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah, politik dan sensitiviti perkauman dan agama.
  1. Penulisan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  1. Penulis wajib menggunakan perisian Microsoft Word.
  1. Penulisan ditaip dengan lengkap menggunakan font Calibri, saiz font 12, langkau dua baris (double spacing) dengan sebelah halaman bercetak sahaja menggunakan kertas bersaiz A4.
  1. Setiap halaman teks harus mempunyai margin berukuran berikut:
  • Kiri : 3.0cm
  • Kanan : 2.5cm
  • Atas : 2.5cm
  • Bawah : 2.5cm
  1. Penulisan perlu dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy (.doc/.docx).
  1. Softcopy perlu di emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ATAU muat naik ke:

      Ilmiah  :           http://bit.ly/Cendekia_Ilmiah

      Kreatif :           http://bit.ly/Cendekia_Kreatif

  1. Penulisan (kreatif) haruslah mempunyai unsur pengajaran yang boleh di ambil iktibar oleh pembaca.
  1. Penulisan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
  1. Tarikh TUTUP penghantaran karya ialah pada 31 Oktober 2018.
  2. PENULISAN ILMIAH

Penulisan ilmiah yang diterima adalah dalam bentuk:

  1. Esei/Artikel/Karya/Rencana Ilmiah
  2. Kertas Kerja (Konsep/kajian atau penyelidikan)
  3. Laporan Kajian/Hasil kerja penyelidikan
  4. Penemuan, kaedah atau aplikasi baru
  5. Penilaian sesuatu perkara secara kritikal
  • Format

Penulisan perlu mengandungi:

  1. Tajuk
  2. Nama pengarang /Alamat e-mel
  3. Abstrak
  4. Abstrak tidak melebihi 120 patah perkataan, format Italic, bersaiz 11 dan justified
  5. Kata Kunci
  6. Kandungan Teks
  7. Pengenalan
  8. Kaedah dan bahan (kajian sahaja)
  • Hasil/Keputusan (kajian sahaja)
  1. Perbincangan
  2. Kesimpulan
  3. Rujukan
  4. Maksimum mukasurat adalah di antara 3-5 mukasurat mengikut format sistem penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
  1. PENULISAN KREATIF

Penulisan kreatif yang diterima adalah dalam bentuk:

  1. Puisi : Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Peribahasa dan Seloka
  2. Prosa: Cerpen (3-5 mukasurat) , Cerita Pendek (1-2 mukasurat)

 

  • Format

 

  1. Tajuk
  2. Nama pena/pengarang/emel peribadi
  3. Menggunakan daya imaginasi dan kreativiti penulis.
  4. Menyampaikan perasaan dan pemikirannya serta berkongsi pengalaman dengan pembaca.
  5. Segala idea disusun dengan bahasa yang indah, berkesan dan terpilih sesuai dengan genre yang dipilih
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com