Tazkirah Hari Ini....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
untuk makluman para graduan. DERMASISWA UNIRAZAK ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur untuk kemasukan sesi akademik JUN 2015.DERMASISWA UNIRAZAK dianugerahkan kepada pelajar cemerlang yang terpilih untuk meningkatkan taraf akademik ke peringkat yang lebih tinggi disamping meringankan beban kewangan pelajar berikutan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikurangkan sebanyak 15% daripada jumlah pembiayaan yuran pengajian. Pemberian DERMASISWA UNIRAZAK adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Disertakan lampiran surat tawaran serta borang dermasiswa. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, boleh terus berhubung dengan Cik Wilma di talian 03-2730 7052.

Borang permohonan DERMASISWA UNIRAZAK yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pos ke alamat berikut :-
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
Business Development Department
(D2D Campaign)
Tingkat 18, Jalan Tangsi
50480 Kuala Lumpur

(Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2015)

Sekian terima kasih.
HARMIZA BINTI MAT HONA
Pegawai Psikologi & Kerjaya
Politeknik Sultan Idris Shah
Sabak Bernam, Selangor

03-32806260
013-7319639

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com