Adalah dimaklumkan bahawa pelajar PSIS dibenarkan untuk datang ke PSIS untuk tujuan rasmi seperti:- 

 Surat Kebenaran Pelajar Memasuki PSIS Untuk Tujuan Rasmi

a) Pengambilan barang peribadi di Kolej Kediaman

b) Pemulangan kunci bilik di Pejabat Kolej Kediaman

c) Pemulangan buku di perpustakaan

d) Urusan denda terus di Unit Kewangan

e) Urusan peperiksaan di Unit Peperiksaan

f) Urusan latihan industri di Unit Perhubungan dan Latihan Industri

g) Urusan pengambilan sijil MUET di Jabatan Pengajian Am

h) Lain-lain urusan rasmi

 

Bagi pelajar yang ingin berurusan di PSIS, hendaklah mengisi borang saringan kesihatan untuk diri sendiri dan waris yang hadir. Borang tersebut bolehlah dimuat turun disini. Borang Saringan Kesihatan.

 

 Pelajar yang ingin datang berurusan perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita sama-sama dapat membendung dari penularan wabak COVID-19. Peta laluan bolehlah dirujuk dibawah.

 

Peta Laluan Ambil Barang Kolej Kediaman 

Klik Gambar Untuk Paparan Penuh