Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Pelajar yang dikasihi.
 
KAJIAN TINJAUAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN DIGITAL PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan, susulan daripada Mesyuarat Pendigitalan Sektor Pengajian Tinggi (Digitalization of Higher Education) pada 29 Mei 2020 lalu, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) akan melaksanakan Kajian Tinjauan untuk mendapatkan maklumat pelajar bagi menilai kesediaan pembelajaran digital terhadap pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, dipohon para pelajar menjawab soalan Kajian Tinjauan tersebut. Pautan berkaitan dengan Kajian Tinjauan adalah seperti berikut:
 

https://www.surveymonkey.com/r/readinessjppkk

 
3. Kerjasama dan keprihatinan para pelajar berhubung perkara ini adalah amat dihargai.
 
Sekian, Terima Kasih