Program Pembudayaan Masyarakat Desa small

"Program Pembudayaan Masyarakat Desa"
Tarikh : 21-23 Februari 2020
Tempat : Parit 9/10 Gambut, Sg. Panjang, Sg.Besar

Seramai 70 orang pelajar PSIS terdiri daripada pelbagai jabatan terlibat dalam program selama tiga hari yang dianjurkan oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda (SRM PSIS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit 9/10 Gambut Sg.Panjang.

Pelbagai aktiviti khidmat masyarakat telah dijalankan seperti program anak angkat, program motivasi pelajar UPSR Dan SPM, mengecat jambatan, banci penduduk, DIY laman kebun, Gotong-royong nasi ambeng, Malam debat harmoni dan sukaneka rakyat.

Majlis penutup pada hari ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Muslimin Bin Yahya.


#PSISDesigningYourFuture