Tazkirah Hari Ini....

Berita Kelab Kebajikan dan Rekreasi

Logo Kelab Kebajikan & Rekreasi PSISAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
Salam PSIS Dekat Di Hati.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kelab Kebajikan dan Rekreasi PSIS (KKR PSIS) akan membuka kaunter Hari Bertemu Pelanggan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 27-28 Mac 2017
Tempat  : Di hadapan Bilik Gelap, Kafe Pentadbiran PSIS
Masa      : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Antara urusan yang boleh dilakukan sepanjang Hari Bertemu Pelanggan KKR PSIS 2017 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran yuran keahlian ahli sebanyak RM24 setahun
  2. Tuntutan sumbangan tunai oleh para ahli KKR yang berkenaan untuk tahun 2016-2017
    • (Borang disediakan... tuan/puan cuma perlu bawa dokumen sokongan sahaja)
  3. Jualan pelekat kenderaan staf PSIS
  4. Jualan baju korporat PSIS
  5. Menerima komen/cadangan
  6. Beramah mesra dengan JK KKR

Sehubungan itu, dijemput kepada semua ahli KKR ke kaunter perkhidmatan pelanggan kami.

Segala sokongan tuan/puan saya dahului ucapan ribuan terima kasih.

NIZAM BIN MOHD NASIR
Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi PSIS 2015-2017
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Terlebih dahulu, saya mewakili Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf PSIS yang menyokong kami sepanjang tahun 2013.
Sememangnya, KKR sentiasa perihatin dengan kebajikan semua ahli tanpa mengira gred, kaum, dan agama. KKR juga sentiasa komited dalam memastikan mana-mana ahli yang layak menerima sumbangan, mendapat sumbangan masing-masing. Selain itu juga, KKR sentiasa aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun.
Untuk tahun 2015 ini, Insyaa Allah… pihak KKR juga telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dijangka adalah:
  • -        Pertandingan bowling
  • -        Ceramah motivasi
  • -        Mesyuarat Agung KKR
  • -        Sambutan hari raya
  • -        Program ibadah Qurban
  • -        Bengkel kiraan cukai LHDN
  • -        Bengkel kiraan zakat pendapatan
  • -        Hari keluarga PSIS
  • -        Pesta Konvokesyen 2015
  • -        Lawatan Muhibbah
Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan (semua ahli KKR) dapat membuat bayaran yuran ahli kelab untuk tahun 2015 sebanyak RM24 sahaja. Bayaran yuran ini adalah perlu bagi menampung kos aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang tahun 2015. Justeru itu, saya memohon jasa baik semua staf PSIS dapat menjelaskan yuran ahli bagi tahun 2015 ini sebelum atau pada 6 Mac 2015. Berikut merupakan senarai AJK KKR kami yang boleh dihubungi untuk tujuan pembayaran yuran ahli :
 

Jabatan Kejuruteraan Awam

 Shahril Khairi Bin Abdul Syukor

 Jabatan Kejuruteraan Elektrik

 Mohd Raziman  Bin Razmi

 Jabatan Pelancongan & Hospitaliti

 Nafissah Binti Johari

 Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi 

 Norazlin Zainal Abidin

 Jabatan Matematik, Sains & Komputer

 Rosmawati Bt. Mat Nor

 Jabatan Perdagangan

Zulfaizad B. Abd Hamid

 Jabatan Pengajian Am

 Wan Munirah Binti Wan Mohamed

 Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 Mohd Shukri Bin Ahmad Najri

 Unit Pentadbiran

 Muhammad Nurakmal Bin Kosrin

 Unit Teknologi Maklumat

 Mohd Yusuf Bin Ahmad

 Unit Pembangunan & Penyelenggaraan

 Sharol Rady Bin Mohd Jeilani

 Unit Multimedia & Sumber

 Mohd Ruhaifi Bin Mohammad @ Baharun 

 Unit Kewangan

 Rozilah Binti Kassim

 Unit Sukan & Rekreasi

 Mohd Badrul Nizam Bin Ahmad

 Unit Perpustakaan

 Norsyahirah Binti Khoder

 Unit Psikologi dan Kerjaya

 Ahmad Fikri Bin Noor Mahadi

Berikut adalah borang-borang yang boleh dimuat turun untuk kegunaan ahli kelab :

Borang Tuntutan Kebajikan Ahli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dimaklumkan bahawa, Borang Tuntutan Kebajikan Staf telahpun disediakan bagi mana-mana staf yang ingin membuat tuntutan ke atas perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat lepas.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com