KEUTAMAAN, ADAB DAN SUNAT-SUNAT PUASA RAMADHAN

﴿ من فضائل وآداب وسنن الصيام في رمضان

Oleh : Hj Mohd Farid Bin Dawam
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Idris Shah

Segala puji bagi Allah swt, solawat dan salam sentiasa tercurah kepada Nabi terakhir, Nabi kita Muhammad saw , keluarganya, para sahabat dan sesiapa sahaja yang mengambil petunjuknya hingga hari kiamat.

KEUTAMAAN DAN FADHILAT PUASA

Wahai muslimin dan muslimat,

Puasa memiliki pelbagai keutamaan. Di antara keutamaan puasa Ramadhan:

  1. Puasa Ramadhan merupakan sebab penghapusan dosa. Rasulullahsaw bersabda:
  2. Balasan pahala puasa tidak terhingga. Tidak ada batasan jumlahnya.  
  3. Bau mulut orang yang puasa lebih wangi di sisi Allah dari bau minyak misk. Rasulullah saw bersabda:
  4. Orang yang puasa memiliki dua kebahagiaan. Rasulullah saw bersabda:
  5. Puasa adalah pelindung. Rasulullah sawbersabda:
  6. Puasa memberi syafaat kepada pengamalnya pada hari kiamat. Dalam Hadis Abdullah Ibnu Amr ra Nabi saw bersabda:
  7. Di syurga terdapat pintu bernama Ar-Royyân yang dimasuki hanya oleh orang-orang yang puasa. Rasulullah saw bersabda:
  8. Puasa sehari fii sabilillah (dalam jihad), menjauhkannya dari panas neraka jahanam sejauh 70 tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
  9. Makan sahur.Nabi sawbersabda:
  10. Disunahkan mengakhirkan sahur. Mengakhirkannya hingga dekat waktu terbit fajar. Dalam hadits Anas ra :
  11.  Disunnahkan menyegerakan berbuka puasa jika matahari telah tenggelam, sebagaimana sabda Nabi saw:
  12. Disunnahkan berbuka sebelum slat magrib. Berbuka dengan kurma muda, jika tidak ada dengan kurma masak, jika tidak ada dengan beberapa teguk air, jika tidak ada dengan makanan apapun atau minuman apa saja yang halal. Sebagaimana yang dikatakan Anas ra :
  13. Orang yang berpuasa doanya tidak ditolak. Berdoalah dengan apa yang engkau sukai dari kebaikan dunia dan akhirat. Hendaknya doamu dipanjatkan hingga engkau berbuka. Nabi sawbersabda:
  14. Disunnahkah ketika berbuka mengucapkan sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Ibnu Umar rayang menyebutkan “Dahulu Rasulullah saw jika buka puasa mengucapkan:

((مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ))

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

[HR. As-Syaikhan]

Sabda Nabi saw yang lain:

(( الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ))

"Antara solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa di antara itu semua, jika dosa besar dapat dihindari."

[HR. Muslim dan selainnya]

Rasulullah saw bersabda:

((قال الله تعالى :كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ))

"Allah swt berfirman: 'Seluruh amal anak Adam untuknya, kecuali puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku, dan Aku yang akan mengganjarnya."

[HR. As-Syaikhan]

Dalam riwayat Muslim:

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي))

"Setiap amal anak Adam digandakan pahalanya sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda. Allah swt berfirman, ‘Kecuali puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku, dan Aku yang akan mengganjarnya. Dia meninggalkan nafsu dan makanannya demi Aku."

[HR. As-Syaikhan]

((وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ))

"Demi yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang puasa lebih wangi di sisi Allah dari pada bau misk."

[HR. Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim)]

((وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ))

“Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan yang membuatnya bahagia; bahagia ketika berbuka puasa dan bahagia ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya.”

[HR. Syaikhan)

((وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ))

“Puasa adalah pelindung.”

[HR. Syaikhan]

(( الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ))

“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata, “Wahai Tuhanku, aku cegah dia dari makan dan nafsunya di siang hari, jadikan aku sebagai penyafaatnya.’ Al-Quran berkata: “Aku cegah dia dari tidur malamnya, jadikan aku sebagai penyafaatnya.’ Nabi berkata: “Keduanya pun memberinya syafaat.”

[HR. Ahmad dan Hakim. Hadis sahih]

(( وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ))

“Siapa yang termasuk ahli puasa, akan dipanggil dari pintu surga ar-Royyân.”

[HR. Syaikhan]

Sabdanya saw yang lain:

(( إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ))

“Di syurga ada pintu yang disebut ar-Royyân. Orang-orang yang berpuasa akan masuk dari pintu itu pada hari kiamat, tidak seorang pun masuk selain mereka. Diserukan: “Mana orang-orang yang berpuasa!” Maka mereka pun mendatanginya. Tidak seorang pun dari mereka selain memasukinya. Jika semua telah masuk, pintu pun ditutup, tak seorang pun memasukinya setelah itu.”

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ حَرَّ جَهَنَّمَ عَنْ وَجْهِهِ سَبْعِينَ خَرِيفًا))

“Siapa yang berpuasa sehari dalam jihad, Allah jauhkan dengan satu hari dari panas neraka jahanam dari wajahnya sejauh 70 tahun.”

[HR. An-Nasai dan Ibnu Majah. Hadis sahih. As-Syaikhan juga meriwayatkan yang serupa]

ADAB DAN SUNAT-SUNAT PUASA

Puasa juga memiliki adab dan sunat-sunatnya. Di antaranya:

))تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً((

“Makan sahurlah, sesungguhnya pada makan sahur itu ada barakah.”

[HR. Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim)]

Dan sabdanya saw :

))فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ((

“Pemisah di antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur.”

[HR. Muslim]

Di antara makanan sahur yang utama adalah kurma. Dalam hadis Abu Hurairah raNabi saw bersabda:

))نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ((

“Sebaik-baik makanan sahur orang beriman adalah kurma.”

[HR. Abu Dawud. Hadis sahih]

Sabda Nabi saw :

))إن الله وملائكته يصلون على المتسحرين((

“Allah dan malaikat bersalawat kepada mereka yang makan sahur.”

[HR. Ibnu Hibban. Hadis hasan]

Berusahalahuntuk makan sahur, sekalipun dengan seteguk air. Jangan meninggalkan makan sahur. Nabi saw bersabda:

))أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ((

“Makan sahur barakah, jangan kamu meninggalkannya sekalipun salah seorang dari kamu hanya meminum seteguk air, sesungguhnya Allah swt  dan para malaikat bersalawat kepada mereka yang makan sahur.”

[HR. Ahmad. Hadis hasan]

“Nabi sawdan Zaid Ibn Tsabit makan sahur. Setelah selesai Nabi sawberdiri dan pergi melakukan solat.”

Kami bertanya kepada Anas: “Berapa lama jarak antara makan sahur dengan solat.”“Jaraknya selama bacaan 50 ayat.” Jawab Zaid.

[HR. Al-Bukhari]

Tetapi berhati-hatilah jangan sampai makan dan minum atau melakukan apapun yang membatalkan puasa setelah terbit fajar.

))لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ((

“Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama menyegerakan berbuka puasa.”

[HR. As-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim)]

))كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ع يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ((

“Dahulu Rasulullah saw berbuka dengan ruthab (kurma mengkal) sebelum solat, jika tidak ada ruthab dengan tamr (kurma masak), jika tidak ada meminum beberapa teguk air.”

[HR. Ahmad, Abu Dawud dan at-Turmudzi. Hadis hasan]

))ثلاث دعوات لا ترد : دعوة الوالد لولده و دعوة الصائم و دعوة المسافر((

“Ada tiga doa yang tidak tertolak: doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang puasa dan doa musafir (orang yang dalam perjalanan).”

[HR. Al-Baihaqi dalam sunannya. Hadis sahih]

))ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ((

 “Hilang rasa dahaga, urat-urat kembali basah dan pahala ditetapkan dengan kehendak Allah.”

[HR. Abu Dawud. Hadis hasan]

والله اعلم بالصواب