perasmian green campus

.Politeknik Sultan Idris Shah terus komited untuk melestarikan budaya hijau dengan pelaksanaan Program Green Campus 2020. Program yg telah dianjurkan bermula 3 Februari lalu telah menyaksikan pelbagai aktiviti pendidikan dan kesedaran serta pertandingan berkonsepkan hijau. Antaranya Green Fun Run, Waste To Amaze, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pameran, Ceramah dan pelbagai aktiviti lain.

Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg.Datuk AB Rahim Bin Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia. Beliau berkata usaha mendidik dan membudayakan masyarakat untuk melestarikan kehidupan dgn budaya hijau bukan satu perkara yang mudah dan akan mengambil masa yang lama namun usaha ini perlu konsisten dan berstrategi.

Dalam majlis ini beliau turut membuat pelancaran Persatuan Mata Hati Malaysia peringkat PSIS untuk menggalakkan warga PSIS menjadi sukarelawan yang menggerakkan aktiviti membantu mengubah minda masyarakat ke arah kelestarian dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Program Green Campus 2020 PSIS adalah dibawah kelolaan Seksyen Centre of Technology PSIS.


#PSIS_DesigningYourFuture