Tazkirah Hari Ini....

Berita Seksyen COT

  

 

Jemputan menyertai Pertandingan Mencipta Video Pendek Peringkat Kebangsaan 2020 anjuran PERSATUAN MATA HATI MALAYSIA dengan kerjasama POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Pertandingan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. 
hadiah wang tunai berserta e-sijil menanti anda 😃👍

 

banner video covid

taklimat buku cot

.Satu sesi Taklimat Buku Garis Panduan Pelaksanaan COT Versh 2020 telah diadakan pada 13 Februari 2020. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Muhammad Nafi' Rezani Bin Tahrir, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK.

PSIS dijangka akan menerima lawatan audit bg pengiktirafan COT Teknologi Alam Sekitar pada tahun ini.Taklimat ini disertai oleh seluruh warga Pengurusan PSIS agar semua pihak jelas mengenai peranan jabatan/seksyen/unit ke arah pengïktirafan COT PSIS.

perasmian green campus

.Politeknik Sultan Idris Shah terus komited untuk melestarikan budaya hijau dengan pelaksanaan Program Green Campus 2020. Program yg telah dianjurkan bermula 3 Februari lalu telah menyaksikan pelbagai aktiviti pendidikan dan kesedaran serta pertandingan berkonsepkan hijau. Antaranya Green Fun Run, Waste To Amaze, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pameran, Ceramah dan pelbagai aktiviti lain.

Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg.Datuk AB Rahim Bin Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia. Beliau berkata usaha mendidik dan membudayakan masyarakat untuk melestarikan kehidupan dgn budaya hijau bukan satu perkara yang mudah dan akan mengambil masa yang lama namun usaha ini perlu konsisten dan berstrategi.

Dalam majlis ini beliau turut membuat pelancaran Persatuan Mata Hati Malaysia peringkat PSIS untuk menggalakkan warga PSIS menjadi sukarelawan yang menggerakkan aktiviti membantu mengubah minda masyarakat ke arah kelestarian dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Program Green Campus 2020 PSIS adalah dibawah kelolaan Seksyen Centre of Technology PSIS.


#PSIS_DesigningYourFuture

green campusaktiviti green campus

.Seksyen CoT PSIS dgn kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia sedang menganjurkan Green Campus 2020 dgn tema Have a Heart. Do Your Part. Program ini berlansung dari 3 hingga 12 Februari 2020. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Green Campus berlangsung antaranya Campus Birds Count 2020, Do & Match, Green Treasure Hunts dan banyak lagi.  Ayuh warga PSIS mari kita sama sama terlibat dan menyokong usaha melestarikan budaya hijau di PSIS!!
 .
#PSIS_DesigningYourFuture

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com