Jemputan menyertai Pertandingan Mencipta Video Pendek Peringkat Kebangsaan 2020 anjuran PERSATUAN MATA HATI MALAYSIA dengan kerjasama POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Pertandingan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
hadiah wang tunai berserta e-sijil menanti anda 😃👍
.Satu sesi Taklimat Buku Garis Panduan Pelaksanaan COT Versh 2020 telah diadakan pada 13 Februari 2020. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Muhammad Nafi' Rezani Bin Tahrir, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK.
PSIS dijangka akan menerima lawatan audit bg pengiktirafan COT Teknologi Alam Sekitar pada tahun ini.Taklimat ini disertai oleh seluruh warga Pengurusan PSIS agar semua pihak jelas mengenai peranan jabatan/seksyen/unit ke arah pengïktirafan COT PSIS.
.Politeknik Sultan Idris Shah terus komited untuk melestarikan budaya hijau dengan pelaksanaan Program Green Campus 2020. Program yg telah dianjurkan bermula 3 Februari lalu telah menyaksikan pelbagai aktiviti pendidikan dan kesedaran serta pertandingan berkonsepkan hijau. Antaranya Green Fun Run, Waste To Amaze, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pameran, Ceramah dan pelbagai aktiviti lain.
Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg.Datuk AB Rahim Bin Md Noor, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia. Beliau berkata usaha mendidik dan membudayakan masyarakat untuk melestarikan kehidupan dgn budaya hijau bukan satu perkara yang mudah dan akan mengambil masa yang lama namun usaha ini perlu konsisten dan berstrategi.
Dalam majlis ini beliau turut membuat pelancaran Persatuan Mata Hati Malaysia peringkat PSIS untuk menggalakkan warga PSIS menjadi sukarelawan yang menggerakkan aktiviti membantu mengubah minda masyarakat ke arah kelestarian dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.
Program Green Campus 2020 PSIS adalah dibawah kelolaan Seksyen Centre of Technology PSIS.
#PSIS_DesigningYourFuture
.Seksyen CoT PSIS dgn kerjasama Persatuan Mata Hati Malaysia sedang menganjurkan Green Campus 2020 dgn tema Have a Heart. Do Your Part. Program ini berlansung dari 3 hingga 12 Februari 2020. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Green Campus berlangsung antaranya Campus Birds Count 2020, Do & Match, Green Treasure Hunts dan banyak lagi. Ayuh warga PSIS mari kita sama sama terlibat dan menyokong usaha melestarikan budaya hijau di PSIS!!
.
#PSIS_DesigningYourFuture
PENGENALAN
Ditubuhkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) pada tahun 2014. Ianya ditubuhkan selaras dengan bidang tujahan yang ditetapkan iaitu Alam Sekitar. Pada tahun 29 September 2016, ia kemudiannya telah ditukar nama dan di istihar kepada Centre of Environment Technology (CENTA).
CENTA dirasmikan pada 29 September 2016 sebagai COT Politeknik Fasa 5. Menerajui bidang tujahan dan Teknologi Alam Sekitar bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan, berkeboleh-pasaran tinggi dan berdaya saing.
Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar ianya selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara. Teknologi Alam Sekitar adalah berasaskan kepada rekabentuk, permasalahan semasa, rundingan perkhidmatan dan pembangunan gunasama.
Memastikan semua warga PSIS cenderung menyokong COT PSIS dengan membuat penciptaan/ produk baru/ kajian/ penyelidikan/program/aktiviti pelajar berkait rapat dengan isu Alam Sekitar terhadap semua jabatan akademik iaitu, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.
TUJUAN CENTA
FASILITI SEDIA ADA
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Maklumat lanjut boleh hubungi: