Tazkirah Hari Ini....

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

 

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2019
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

 

Saudara/ saudari

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.     Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri dan Kursus Work Based Learning (WBL) Program Pengajian Diploma, Sijil & Sijil Khas Kolej Komuniti Susulan Perkembangan Semasa Penularan Wabak COVID-19, dimaklumkan bahawa Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2019 adalah seperti keterangan di bawah:

  • Tarikh : 28 April 2020 hingga 05 Mei 2020
  • Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Kaedah Penilaian : Secara Atas Talian (Online)/ Penggilan Telefon/ Video/ Mana-mana kaedah penilaian bersesuaian

3.     Sehubungan dengan itu, saudara/ saudari diarah untuk memuat naik dokumen yang lengkap ke dalam pautan yang disediakan. Saudara/saudari boleh merujuk tatacara proses tersebut melalui dokumen berikut:

  • Lampiran 1   Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri sesi Disember 2019
  • Lampiran 2   Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri sesi Disember 2019
  • Lampiran 3   Proses dan Carta Alir Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri sesi Disember 2019
  • Muat turun Lampiran di sini

Maklumat lanjut sila rujuk di laman sesawang PSIS di www.psis.edu.my dari semasa ke semasa

 

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

ISHANUDDIN BIN HUSSIN
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pendidikan Malaysia

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
(ORGANISASI LATIHAN INDUSTRI PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH) 

YBhg./ YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

PENGHARGAAN DAN PEMAKLUMAN PENAMATAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELAJAR SESI DISEMBER 2019 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SUSULAN PELANJUTAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 

 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.  

2.       Sepertimana yang YBhg./ YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Penguatkuasaan perintah ini adalah demi kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia bagi membendung penularan wabak Pandemik COVID-19 pada ketika ini.

3.       Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Dan Penilaian Program Pengajian Diploma dan Sijil bagi Politeknik & Kolej Komuniti Sesi Disember 2019 Berikutan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan olej Jabatan Pendidikan Politeknk dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 27 Mac 2020, dengan ketetapan seperti berikut:

  1. Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2019 (Tempoh LI: 09 Disember 2019 - 24 April 2020)
    1. Pelajar menamatkan Latihan Industri seawal 17 Mac 2020 bagi program pengajian di politeknik dan kolej komuniti dan tidak perlu melanjutkan tempoh latihan pelajar.
    2. Bagi pelajar yang masih menjalani LI terutamanya di Industri Perkhidmatan Penting Negara, tarikh tamat LI pelajar adalah 31 Mac 2020.
  2. Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI) (Tempoh LI: 03 Februari 2020 - 19 Jun 2020)
    1. Pelajar yang mengikuti Penilaian Khas Latihan Industri (PKLI) perlu menyambung semula Latihan Industri selepas penguatkuasaan PKP sehingga 19 Jun 2020 dan tempoh PKP tidak perlu diganti.

Pelajar dinasihatkan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh organisasi serta memulangkan peralatan atau aset sebelum menamatkan latihan.

4.         Sekiranya pihak organisasi masih memerlukan khidmat pelajar, YBhg./ YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mohon berurusan dengan pelajar tersebut seperti membuat pelantikan secara kontrak, menawarkan pekerjaan dan sebagainya yang bersesuaian dengan peraturan organisasi. Sukacita dimaklumkan, bagi tempoh selepas 31 Mac 2020, perkhidmatan pelajar adalah di bawah tanggungan dan bidang kuasa organisasi.

5.         Justeru, pihak politekik memohon jasa baik dan kerjasama YBhg./ YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk melengkapkan dokumen penilaian berikut selewat-lewatnya pada 24 April 2020:

  1. Lampiran 1: Practical Task Form (40%) - Appendix 1 (English) atau Practical Task Form (40%) - Appendix 1 (Malay)
  2. Lampiran 2: Reflective Journal Form (20%) -  Appendix 2 (English) atau Reflective Journal Form (20%) -  Appendix 2 (Malay)
  3. Lampiran 3: Surat/ Kad Pengesahan Tamat Latihan Industri
  4. Lampiran 4: Rekod Cuti/ Ketidakhadiran/ Kelewatan

Dokumen - dokumen tersebut boleh dihantar melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks 03-32806400/ 6401. Untuk makluman YBhg./ YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, maklumat penilaian yang diberkan dalam Lampiran 1 dan Lampiran 2 adalah SULIT.

6.          Pihak politeknik memohon maaf atas segala kesulitan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah di talian 019-6862690/ 012-2252037/ 019-9473575 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

7.          Politeknik Sultan Idris Shah dengan ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama dan latihan yang diberikan kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah sepanjang tempoh latihan industri. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang lathan tersebut. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

  Sekian, terima kasih.

  “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

   Saya yang menjalankan amanah,

  ISHANUDDIN BIN HUSSIN

  Pengarah 
  Politeknik Sultan Idris Shah
  Kementerian Pendidikan Malaysia

     

MUAT TURUN SURAT PENGHARGAAN DAN PEMAKLUMAN PENAMATAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELAJAR SESI DISEMBER 2019 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SUSULAN PELANJUTAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG LENGKAP DI SINI DAN PEMAKLUMAN PENAMATAN LATIHAN INDUSTRI (LI) PELAJAR SESI DISEMBER 2019 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SUSULAN PELANJUTAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG LENGKAP DI SINI 

E LI 

E LI

Dimaklumkan bahawa Bengkel Persediaan Kursus Latihan Industri sesi Jun 2020 akan diadakan seperti berikut: 

  • Tarikh   : 24 - 28 Februari 2020
  • Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat : Dewan Syarahan Utama
  • Tentatif : Rujuk Lampiran 1

Butiran lanjut sila muat turun memo bengkel mengikut jabatan masing-masing seperti di bawah: 

 

Semua Pelajar yang akan menjalani Kursus Latihan Industri sesi Jun 2020 DIWAJIBKAN HADIR dan diberikan pengecualiah kuliah

Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) diminta hadir sepanjang sesi bengkel tersebut bagi memantau kehadiran pelajar dan membantu melaksanakan sesi praktikal. 

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com