Tazkirah Hari Ini....

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015,

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.

Saudara/Saudari

KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN PSIS DAN MY INTERNSHIP REFLECTION (REFLEKSI B) SESI DISEMBER 2015

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan “Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS” bagi Sesi Disember 2015.  Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang menjalani Kursus Latihan Industri adalah terpilih dan DIWAJIBKAN untuk terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

3.         Saudara/Saudari diarah untuk melayari laman web seperti berikut sebelum 18 April 2016.

  1. Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS
  2. Pelajar dimohon mengisi semula maklumbalas My Internship Reflection B  -->(Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri)

4.         Saudara/Saudari diwajibkan membawa cetakan Pengesahan Kajian dan salinan Refleksi  B : Refleksi oleh Penyelia lndustri  ketika hari Pendaftaran Pengesahan tamat  Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015.

5.         Perhatian dan kerjasama saudara/saudari dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Perhubungan Dan Latihan Industri di talian 03-32806234.

Sekian, terima kasih.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(LT. KOL BERSEKUTU (PA) HJH NOREHAN BINTI MD SHARIFF)

Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Selangor Darul Ehsan

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2015
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Saudara/Saudari,

PENDAFTARAN PENGESAHAN TAMAT DAN PENILAIAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2015

  Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri adalah seperti keterangan di bawah:-

         Tarikh   :    20 April 2016
         Hari      :    Rabu
         Masa     :    8.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu saudara/saudari diarah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan merujuk dokumen berikut:-

  1. Lampiran 1     Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015
  2. Lampiran 2     Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat Dan Penilaian Kursus Latihan Industri
  3. Lampiran 3     Carta Alir Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri
  4. Lampiran 4     Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2015

4. Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(LT. KOL BERSEKUTU (PA) HJH NOREHAN BINTI MD SHARIFF)

Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan

 

Perhatian kepada semua kakitangan dan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

I-UPLI dalam SPMP menyediakan kemudahan dan maklumat semua berkaitan UPLI. Ianya termasuk:-

1. Maklumat semasa Latihan Idustri Pelajar
2. Maklumat penempatan Latihan Industri Pelajar
3. Nama-nama sayarikat yang menawarkan tempat untuk latihan industri.

Sila klik pautan dibawah untuk ke I-UPLI SPMP

http://spmp.psis.edu.my/upliv2/index.jsp

Sekian terima kasih.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com