Tazkirah Hari Ini....

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Saudara/Saudari,

ARAHAN PEMILIHAN AGENSI SWASTA BAGI PENEMPATAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Semua pelajar politeknik Sultan Idris Shah yang bakal menjalani latihan industri diarah untuk memilih agensi swasta sebagai penempatan latihan industri. Pemilihan agensi swasta ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Latihan Industri Semester Akhir (LISA) diserap terus untuk bekerja sekaligus meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan PSIS.

3.     Arahan ini berkuatkuasa bermula Sesi Jun 2017. Perhatian dan kerjasama dari pihak saudara/saudari amatlah diharapkan.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah, 

(LT. KOL BERSEKUTU (PA) HJH NOREHAN BINTI MD SHARIFF)
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan

safety helmet spanar lnd thumb

Perhatian kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

 

Merujuk kepada Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar) Edisi 2013 (GPLI) Perkara 8: Peraturan, Disiplin dan Hukuman "Semua pelajar politeknik adalah tertakluk kepada Akta 174 - Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976". Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah (Bil 5/2017) telah menetapkan mana-mana pelajar yang melanggar peraturan 8.1 - 8.6 (GPLI) seperti LAMPIRAN 1 dianggap melanggar peraturan AKTA 174 Bahagian II, Perkara 26 Keingkaran dan akan dikenakan:

     a) Denda RM50.00
     b) Tindakan tatatertib

Penguatkuasaan denda ini berkuatkuasa bermula sesi Jun 2017.

 

Klik sini untuk melihat Memo dan LAMPIRAN 1

 

Sekian harap maklum.

 

Pengarah 
Politeknik Sultan Idris Shah.

makluman copy

Polytechnic Explore Program 2016

 

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Politeknik Malaysia dengan kerjasama AIESEC (Internationl Association of Students in Economic and Commercial Sciences) akan  mengadakan 'Polytechnic Explore Program 2016' di negara tersebut iaitu:

i. Cambodia (Siem Reap) - Apsara
ii. Cambodia (Phnom Penh) - Build Your Dreams
iii. Vietnam (Ho Chi Minh) - Global Passport Project
iv. Indonesia (Medan) - eduACTion

TARIKH: 2 Mei - 12 Jun 2016

SYARAT:
Pelajar mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris
2. Berdikari
3. Kepimpinan
4. Sikap Positif
5. Pelajar Semester 2 / 3 sahaja


> Sekiranya pelajar berminat, sila calonkan diri pelajar bagi tujuan pemilihan SELEWATNYA 12 April 2016 di pautan : http://goo.gl/forms/g0BqoP4qqO

> Hanya 4 orang pelajar PSIS akan terpilih bagi program ini.

> Pelajar terpilih akan dimaklumkan pada 13 APRIL 2016 untuk proses persediaan program.

> Maklumat lanjut berkaitan AIESEC, sila ke Google/LinkedIn/Youtube/Facebook dan taip aiesec.

> Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit CISEC / UPLI di talian 03-3280 6200 (ext: 6259 / 6231).

Sekian, terima kasih.



"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Politeknik Sultan Idris Shah, 45100 Sungai Lang, Selangor.
Web: www.psis.edu.my | Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Tel: 03-3280 6200 | Ext.: 6231 | No Fax: 03-3280 6401
No HP: 012-2252037

flyers1

flyers2

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com