Tazkirah Hari Ini....

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2018 (MP)

(11 Februari 2019 hingga 28 Jun 2019)

Politeknik Sultan Idris Shah

Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dimaklumkan bahawa tarikh Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri adalah seperti ketetapan di bawah :-

 

            Tarikh                        : 02 Julai 2019            

            Hari                            : Selasa

            Masa                          : 8.00 pagi

            (Tempoh Penilaian  : 2 Julai 2019)

 

  1. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari diarah untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan merujuk dokumen berikut :

Lampiran 1     Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2018(MP)

Lampiran 2     Panduan Pendaftaran Pengesahan Tamat Dan Penilaian Kursus Latihan Industri

Lampiran 3     Carta Alir Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri

Lampiran 4     Proses Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2018(MP)

Klik Sini untuk muat turun dokumen.

Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa   ke semasa.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

(DR MAZURA BIN MANSOR)

Timbalan Pengarah Akademik

b.p. Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Unit Perhubungan dan Latihan Industri akan melaksanakan proses pemantauan kehadiran pelajar sesi Disember 2018 (MP). Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk memohon pihak organisasi melengkapkan rekod cuti/ ketidakhadiran pelajar sehingga minggu ke-18 latihan industri seperti Lampiran A.
 
Pelajar diwajibkan untuk melengkapkan maklumat di pautan http://bit.ly/REKODCUTI_DIS2018_MP sebelum 21 Jun 2019 dan membawa dokumen asal semasa Pendaftaran Pengesahan Tamat LI bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Disember 2018 (MP). Sekiranya gagal berbuat demikian, pelajar dianggap melanggar Akta 174, Kaedah 5 dan boleh dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7.2 Tindakan Hukuman).

Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.

 

SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2019
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
  

 Saudara/Saudari, 

  PENANGGUHAN PELAKSANAAN KURSUS DUT60019 INDUSTRIAL TRAINING BAGI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH;

 

 Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan Surat Pekeliling Kurikulum Bil.3 Tahun 2019 bernombor rujukan JPPKK.BK-100-1/3/2(1) bertarikh 28 Mac 2019 adalah dirujuk.  

2.       Dimaklumkan bahawa kursus DUT60019 Industrial Training telah ditangguhkan pelaksanaannya dari sesi Jun 2019 kepada sesi Disember 2019 bagi semua program. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri sesi Jun 2019 perlu dilaksanakan menggunapakai kurikulum semasa iaitu DUT40110 - Industrial Training dan DUT7019 - Industrial Training (bagi program DDT sahaja).

3.       Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan yang berikut untuk semua pelajar yang layak LI sesi JUN 2019:

a) http://bit.ly/cio-LI : Courses Information Outline DUT40110 dan DUT7019 

b) http://bit.ly/pelaksanaanLIJUN2019  : Tempoh pelaksanaan dan penilaian kurikulum DUT40110 dan DUT7019
c) http://bit.ly/appendiks1-5  : Instrumen Penilaian Appendiks 1 hingga Appendiks 5

i)   Appendix 1 Practical Task Form (40%)
ii)  Appendix 2 Reflective Journal Form (20%)
iii) Appendix 3 Observation Form (10%)
iv) Appendix 4 Industrial Training Final Report Form (20%)
v) Appendix 5 Presention Form (10%)
Dokumen ini juga boleh dimuat turun daripada laman web PSIS (Manual LI)

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara/saudari perlu berhubung dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri. Perhatian saudara/saudari dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  Sekian.

 

  “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

   Saya yang menjalankan amanah,

 

  NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

b.p Pengarah 
      Politeknik Sultan Idris Shah
      Kementerian Pendidikan Malaysia

     

        

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com