MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ISHAK
17DAS17F1057
Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan latihan Industri dan Kursus Work Based Learning (WBL) Program Pengajian Diploma, Sijil dan Sijil Khas Politeknik dan Program Pengajian Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kolej Komuniti Susulan Perkembangan Semasa Penularan Wabak COVID-19, dimaklumkan bahawa Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2019 (PKLI) adalah seperti keterangan di bawah :
- Hari : 23 Jun 2020 (Selasa)
- Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
- Kaedah Penilaian : Secara Atas Talian (Online)/ Panggilan Telefon/ Panggilan Video
3. Sehubungan dengan itu, saudara diarah untuk memuat naik dokumen yang lengkap ke dalam pautan yang disediakan. Saudara boleh merujuk tatacara proses tersebut melalui dokumen berikut:
- Lampiran 1 Jadual Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI)
- Lampiran 2 Panduan Pendaftran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI)
- Lampiran 3 Proses dan Carta Alir Pendaftaran Pengesahan Tamat Penilaian Kursus Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI)
- Muat Turun Lampiran di sini
4. Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa ke semasa
Sekian, harap maklum.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
DR MAZURA BINTI MANSOR
Timbalan Pengarah Akademik
b.p:Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah