Tazkirah Hari Ini....

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan
(Organisasi Latihan Industri Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah)

 

YBhg./YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Berdasarkan Pelaksanaan Latihan Industri (LI) dan Work Based Learning (WBL) Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Bagi Sesi Jun 2020 Pasca Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 18 Mei 2020, ketetapan pelaksanaan LI Jun 2020 telah dipinda dari 29 Jun 2020 hingga 13 November 2020 ke satu tarikh baharu iaitu dari 13 Julai 2020 hingga 27 November 2020. Pindaan ini dibuat dengan mengambil kira isu kesihatan, kebajikan dan keselamatan serta mengurangkan risiko pelajar terdedah dengan wabak COVID-19 termasuk kesediaan kebanyakan industri yang terkesan dengan penularan wabak pandemik ini.

3.      Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan  dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah di talian 03-32806234 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, harap maklum.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

ISHANUDDIN BIN HUSSIN
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah

MUAT TURUN SURAT PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2020 DI SINI

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com