Tazkirah Hari Ini....

 

Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2020
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Saudara/ saudari

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.     Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri dan Work Based Learning (WBL) Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia Bagi Sesi Jun 2020 Pasca Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 18 Mei 2020, ketetapan pelaksanaan LI Jun 2020 adalah secara BERFASA seperti berikut :-

a)     FASA 1 : 13 Julai 2020 hingga 27 November 2020

Ianya bagi pelajar yang telah mendapat pengesahan tempat di industri (indstri telah mengesahkan untuk menerima kehadiran pelakar) sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Rujuk senarai nama seperti di Lampiran 1 - Senarai Nama Pelajar Ada Penempatan LI; dan 

b)     FASA 2 : 03 Ogos 2020 hingga 18 Disember 2020

Ianya bagi pelakar dalam kategori yang masih belum mendapat penempatan latihan industri sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Rujuk Senarai nama seperti di Lampiran 2 - Senarai Nama Pelajar Tiada Penempatan LI. Fasa ini memberi ruang dan masa kepada pelakar dan politeknik untuk mencari dan mendapatkan tempat di organisasi yang bersesuaian sekiranya terdapat industri yang terkesan dan terpaksa menunda/membatalkan pengambilan pelajar LI berikutan wabak COVID-19. Pelajar perlu mendapatkan penempatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Julai 2020

Muat Turun Surat Pemakluman Pelaksanaan Latihan Industri (LI) Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Bagi Sesi Jun 2020 Pasca Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini

 

3.     Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang akan menjalani latihan industri Jun 2020, sila rujuk Lampiran A - Takwim Pelaksanaan Latihan Industri (LI) Sesi Jun 2020. Pelajar diingatkan agar memastikan penempatan LI pelajar adalah di dalam sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi yang tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. 

4.     Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah di talian 03-32806234 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

ISHANUDDIN BIN HUSSIN
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com