MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ISHAK
17DAS17F1057
Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan latihan Industri dan Kursus Work Based Learning (WBL) Program Pengajian Diploma, Sijil dan Sijil Khas Politeknik dan Program Pengajian Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kolej Komuniti Susulan Perkembangan Semasa Penularan Wabak COVID-19, dimaklumkan bahawa Pendaftaran Pengesahan Tamat dan Penilaian Kursus Latihan Industri bagi sesi Disember 2019 (PKLI) adalah seperti keterangan di bawah :
3. Sehubungan dengan itu, saudara diarah untuk memuat naik dokumen yang lengkap ke dalam pautan yang disediakan. Saudara boleh merujuk tatacara proses tersebut melalui dokumen berikut:
4. Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang PSIS www.psis.edu.my dari semasa ke semasa
Sekian, harap maklum.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
DR MAZURA BINTI MANSOR
Timbalan Pengarah Akademik
b.p:Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan
(Organisasi Latihan Industri Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah)
YBhg./YBrs. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berdasarkan Pelaksanaan Latihan Industri (LI) dan Work Based Learning (WBL) Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Bagi Sesi Jun 2020 Pasca Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 18 Mei 2020, ketetapan pelaksanaan LI Jun 2020 telah dipinda dari 29 Jun 2020 hingga 13 November 2020 ke satu tarikh baharu iaitu dari 13 Julai 2020 hingga 27 November 2020. Pindaan ini dibuat dengan mengambil kira isu kesihatan, kebajikan dan keselamatan serta mengurangkan risiko pelajar terdedah dengan wabak COVID-19 termasuk kesediaan kebanyakan industri yang terkesan dengan penularan wabak pandemik ini.
3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah di talian 03-32806234 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, harap maklum.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
ISHANUDDIN BIN HUSSIN
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
MUAT TURUN SURAT PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2020 DI SINI
Semua Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2020
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Saudara/ saudari
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri dan Work Based Learning (WBL) Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia Bagi Sesi Jun 2020 Pasca Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 18 Mei 2020, ketetapan pelaksanaan LI Jun 2020 adalah secara BERFASA seperti berikut :-
a) FASA 1 : 13 Julai 2020 hingga 27 November 2020
Ianya bagi pelajar yang telah mendapat pengesahan tempat di industri (indstri telah mengesahkan untuk menerima kehadiran pelakar) sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Rujuk senarai nama seperti di Lampiran 1 - Senarai Nama Pelajar Ada Penempatan LI; dan
b) FASA 2 : 03 Ogos 2020 hingga 18 Disember 2020
Ianya bagi pelakar dalam kategori yang masih belum mendapat penempatan latihan industri sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Rujuk Senarai nama seperti di Lampiran 2 - Senarai Nama Pelajar Tiada Penempatan LI. Fasa ini memberi ruang dan masa kepada pelakar dan politeknik untuk mencari dan mendapatkan tempat di organisasi yang bersesuaian sekiranya terdapat industri yang terkesan dan terpaksa menunda/membatalkan pengambilan pelajar LI berikutan wabak COVID-19. Pelajar perlu mendapatkan penempatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Julai 2020.
3. Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang akan menjalani latihan industri Jun 2020, sila rujuk Lampiran A - Takwim Pelaksanaan Latihan Industri (LI) Sesi Jun 2020. Pelajar diingatkan agar memastikan penempatan LI pelajar adalah di dalam sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi yang tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah di talian 03-32806234 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah
ISHANUDDIN BIN HUSSIN
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pendidikan Malaysia
![]() |