Tazkirah Hari Ini....

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan

Dilampirkan poster berkenaan INTERNATIONAL COMPETITION ON OIL PALM MECHANISATION (ICOPM 2) untuk rujukan dan tindakan akademia PSIS.

ICOPM2 1ICOPM2 2

Kepada yang berminat untuk menyertai ICOPM 2 di atas mohon maklumkan kepada pihak UPIK untuk tujuan simpanan data. Sekian, terima kasih.

          DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
          Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
          Politeknik Sultan Idris Shah,
          Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
          Selangor.
          Office:03-3280 6200
          Fax:03-3280 6400
          Website : http://www.psis.edu.my

 

TARIKH: 15-16 NOVEMBER 2015

PENGANJUR : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, MALAYSIA

TEMPAT: DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR

PARA PENSYARAH DAN PELAJAR DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAINYA

1

 images

Berikut adalah  laporan bagi kajian Persepsi Ibu Bapa dan Pelajar Terhadap Isu Perbadanan Politeknik untuk makluman umum

 

 Laporan Kajian Perbadanan Persepsi Pelajar

 Laporan Kajian Perbadanan Persepsi Penjaga

 Laporan Penuh Kajian Perbadanan 

 

 

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT

Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK)

Politeknik Sultan Idris Shah

UNIT PENYELIDIKAN INOVASI DAN KOMERSIALAN (UPIK),POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH                                                                                                                                          zarrin74

PENGENALAN

Unit Penyelidikan,Inovasi dan Komersialan, PSIS telah ditubuhkan berdasarkan kepada Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan dan inovasi selaras dengan teras ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi serta berkesinambungan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Terkini melalui pelan Transformasi Politeknik fasa 2 juga telah menggalakkan pemerkasaan inovasi dalam kalangan pelajar dan pensyarah politeknik. Pemupukan budaya pendidikan dengan dipacu oleh penyelidikan telah bertapak dalam kalangan warga akademik PSIS. Secara tidak langsung juga, pemerkasaan penyelidikan dan inovasi boleh meningkatkan imej politeknik sebagai peneraju TVET yang setanding universiti seterusnya menjadikan politeknik pilihan utama pelajar selari dengan MISI dan VISI politeknik amnya dan PSIS khususnya.


MISI

Membantu PSIS mencapai pengiktirafan APACC menjelang 2017, mendapat Tier 6 pada 2016 dan mendapat 5 pengiktirafan dalam elemen teknologi hijau pada 2016 melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan penerbitan

VISI

Pemerkasaan penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan imej PSIS sebagai peneraju TVET setanding universiti menjelang 2020.


OBJEKTIF

Objektif UPI adalah:

1. Memastikan hala tuju proses penyelidikan di Institusi tercapai

2. Menyelaras penyertaan PSIS dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi.

3. Menyebarkan maklumat penyelidikan dan inovasi yang relevan.

4. Menyediakan ruang dan peluang untuk pembentangan dan penerbitan hasil penyelidikan dan inovasi pensyarah dan pelajar

5. Berkongsi idea, kepakaran dan ilmu dengan mengadakan hubungan kolaborasi dengan industri /institusi luar.

6. Mengeluarkan penerbitan penulisan ilmiah

7. Menjalankan kursus-kursus berkaitan penyelidikan 


DEFINISI PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Penyelidikan secara luasnya boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti sistematik dan berdisiplin yang dijalankan untuk mewujudkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Ia membabitkan pelbagai bentuk merentasi disiplin, termasuk penemuan penyelidikan saintifik dan sosial, penciptaan atau pembaikan konsep dan teori, teknik atau komposisi, atau memperluaskan pemahaman semasa melalui analisis kritikal. Ciri-ciri umum penyelidikan merangkumi metodologi yang sistematik dan berdisiplin, komitmen terhadap penerbitan hasil daripada penemuan dan ulasan kesepakaran yang setanding. Unsur penerbitan penyelidikan juga berbeza mengikut disiplin dan boleh meliputi penerbitan hasil di dalam jurnal atau monograf atau buku ke persembahan komposisi kreatif (Dasar penyelidikan dan Inovasi, UM Cetakan pertama Februari 2012).

Inovasi pula ertinya ialah sebagai penciptaan serta implementasi sama ada berbentuk proses, produk, perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti (Dasar penyelidikan dan Inovasi, UM Cetakan pertama Februari 2012).

 

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK)
Politeknik Sultan Idris Shah

Intellectual Property Must Be ProtectedPerkongsian ilmu kepentingan dan perlindungan harta intelek dari JPP dan UITM.

  1. Bengkel Perlindungan Dan Kepentingan Hakcipta (oleh Nor Husna Shafini Nor Bashah, JPP)
  2. Program Penggalakan Kesedaran Harta Intelek (oleh Professor Dr Lim Heng Gee, UITM)
Shahrizan Bin Mohd Razali
Unit Penyelidikan Dan Inovasi
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com