Tazkirah Hari Ini....

iCompEx 2016 PERINGKAT KEBANGSAAN

ICOMPEX2016

iCompeEx akronim kepada "Innovation and Invention Competition Through Exhibition" merupakan jenama pertandingan inovasi yang diperkenalkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) bermula pada 2013. Pertandingan inovasi ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak dari segi jumlah penyertaan daripada 202 pada 2013, meningkat kepada 650 pada 2014 dan melonjak kepada 768 pada 2015. iCompEx 2016 peringkat kebangsaan akan diadakan pada 22-24 Mac 2016 bertempat di perkarangan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra Kedah.

Persidangan ini dianjurkan oleh POLIMAS buat kali yang ke 4 yang meliputi pembentangan projek inovasi dan pembentangan kertas penyelidikan. Manakala pembentangan Kertas Penyelidikan bagi iCompEx 2016 akan diadakan pada 23 Mac 2016 bersempena dengan iCompEx 2016. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di pautan seperti berikut: http://www.pkksabah.net/icompex/index.php/index/index/index/index

Saya yang menjalankan tugas.

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.
Office:03-3280 6263
Fax:03-3280 6400
Website : http://www.psis.edu.my

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com