Tazkirah Hari Ini....

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Pada 7 Oktober 2015, KUPIK telah dijemput oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP) untuk menghadiri Bengkel Geran Penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Penceramah yang diundang ialah Dr Wan Abdul Rahman Jauhari bin Wan Harun, Panel Geran Penyelidikan MOSTI dari SIRIM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat berguna kepada para pengkaji yang berminat untuk membuat permohonan geran penyelidikan dari MOSTI. Ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk memberi peluang kepada para pensyarah polteknik yang berminat dan berbakat dalam lapangan penyelidikan untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Ianya selaras dengan lonjakan ke 7 dalam PPPM (PT) iaitu untuk mewujudkan Ekosistem Inovasi dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Hasil bengkel tersebut saya kongsikan bahan pembentangan (dalam bentuk silde power point) kepada para akademia PSIS agar mudah untuk dijadikan rujukan apabila hendak membuat permohonan geran penyelidikan MOSTI kelak.

Sekian, terima kasih.

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.
Office:03-3280 6263
 Fax:03-3280 6400
 Website : http://www.psis.edu.my

LONJAKAN KE 7: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI)-PPPM (PT)

PPPM PT

PPPM PT 2

SLIDE POWER POINT GERAN PENYELIDIKAN MOSTI 

GERAN PENYELIDIKAN MOSTI

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com