Tazkirah Hari Ini....

UPSI NUCEL2015

TARIKH: 14-15 DISEMBER 2015

PENGANJUR: MAJLIS KETUA-KETUA PENYELARAS E-PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MEIPTA) DENGAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SEBAGAI HOS UTAMA SERTA KERJASAMA AKADEMI KEPIMPINAN PENGAJIAN TINGGI (AKEPT) DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TEMPAT: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SHAH

Assalamualaikum.

capaian laman web NUCEL:    http://nucel2015.upsi.edu.my/
 
Idea penganjuran Karnival e-Pembelajaran Universiti-universiti peringkat Kebangsaan dicetuskan oleh Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA). Objektif utamanya adalah untuk memperkenal dan mempromosi e-Pembelajaran sebagai kaedah pembelajaran terkini dan terbaik selain mengeksplorasi dan berkongsi kemahiran, praktis terbaik teknologi terkini di kalangan seluruh warga institusi pengajian tinggi di Malaysia. Karnival ini juga dianjurkan sebagai menyokong salah satu dari Big Idea bagi memperkasa kualiti pengajian tinggi iaitu Globalized Online Learning (GOL). Karnival akan merangkumi tiga aktiviti utama iaitu, pameran, pertandingan dan pengiktirafan serta anugerah bagi menghargai pencapaian e-Pembelajaran.
 
Pengisian terbahagi kepada 5 bahagian:
 
1) Pertandingan Inovasi
 Inovasi dan produk berteknologi terkini adalah antara teras pertandingan yang akan dijalankan di kalangan ahli akademik, pelajar dan orang awam. Ia merangkumi inovasi multimedia, aplikasi komputer, aplikasi mobile, sistem dan sebagainya.

A) Akademik : Pertandingan Innovation, Invention and Design in E-Learning (IIDEL) Berkonsepkan persembahan poster.

B) Pelajar : Pertandingan fotografi dan manipulasi digital serta pembangunan koswer. Prototaip produk dihantar untuk penilaian juri, dan dipersembahkan di karnival.

C)  Umum : Pertandingan ringan seperti permainan atas talian, kuiz e-Pembelajaran dan lain-lain.

2) Educational Blogging

3) Pameran
4) Jualan IT
5) Pengiktirafan & Anugerah
 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15/11/2015

Kepada yang berminat untuk menyertai NUCEL2015 di atas mohon maklumkan kepada pihak UPIK untuk tujuan simpanan data.

Sekian, terima kasih.

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.
Office:03-3280 6200
Fax:03-3280 6400
Website : http://www.psis.edu.my

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com