Tazkirah Hari Ini....

PPRN 2020 small

Telah sempurnanya Majlis Penyerahan Rasmi Projek Inovasi Berpacukan Permintaan (demand-driven) di bawah geran penyelidikan Public-Private Research Network (PPRN) dengan projek bertajuk Spring Roll Rolling Machine pada 4 Mac 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Bankuet, PSIS.

Produk inovasi yang telah berjaya dihasilkan oleh tiga orang penyelidik/inovator dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (PSIS dan Politeknik Banting) ini telah secara rasminya disempurnakan oleh Tuan Pengarah PSIS, En. Ishanuddin Bin Hussin kepada Pn. Zamzarina Binti Mohd Salleh selaku Pengurus Syarikat D Reena Enterprise dari Kota Tinggi, Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan penyelidik PPRN 2019 yang diketuai oleh Ts. Shahrizan Bin Mohd Razali, Pn. Zainora Binti Kamalludin dan En. Mohamad Khairani Bin Mohamed Amin. 

Majlis penyerahan produk kali ini telah diselaraskan oleh Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK) dengan bantuan dan kerjasama daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Seksyen Teknologi Maklumat dan Multimedia (STMM), Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat (UPKK), Seksyen Centre of Technology (SCOT) dan turut dibantu oleh AJK Pelajar JKE, JKA dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). 

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir bagi menyaksikan majlis penyerahan ini. 

Sekian, terima kasih.
Urusetia ProgramSeksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK)"SPIK: Melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi"

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com