Tazkirah Hari Ini....

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan

 

Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK) PSIS mengalu-alukan penyertaan daripada Pensyarah PPPT DH yang berminat untuk  membentang dan menerbitkan kertas penyelidikan di Persidangan Penyelidikan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2020 khususnya bagi memenuhi kriteria kecemerlangan dan pencapaian KPI penerbitan.

greentech2020NRIConnTrends20spsh2020

PPRN 2020 small

Telah sempurnanya Majlis Penyerahan Rasmi Projek Inovasi Berpacukan Permintaan (demand-driven) di bawah geran penyelidikan Public-Private Research Network (PPRN) dengan projek bertajuk Spring Roll Rolling Machine pada 4 Mac 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Bankuet, PSIS.

Produk inovasi yang telah berjaya dihasilkan oleh tiga orang penyelidik/inovator dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (PSIS dan Politeknik Banting) ini telah secara rasminya disempurnakan oleh Tuan Pengarah PSIS, En. Ishanuddin Bin Hussin kepada Pn. Zamzarina Binti Mohd Salleh selaku Pengurus Syarikat D Reena Enterprise dari Kota Tinggi, Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan penyelidik PPRN 2019 yang diketuai oleh Ts. Shahrizan Bin Mohd Razali, Pn. Zainora Binti Kamalludin dan En. Mohamad Khairani Bin Mohamed Amin. 

Majlis penyerahan produk kali ini telah diselaraskan oleh Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK) dengan bantuan dan kerjasama daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Seksyen Teknologi Maklumat dan Multimedia (STMM), Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat (UPKK), Seksyen Centre of Technology (SCOT) dan turut dibantu oleh AJK Pelajar JKE, JKA dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). 

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir bagi menyaksikan majlis penyerahan ini. 

Sekian, terima kasih.
Urusetia ProgramSeksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK)"SPIK: Melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi"

Taklimat KIK

Telah berlangsung Taklimat Pengenalan dan Makluman Proses Kerja KIK Horizon Baharu (HB) anjuran Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan PSIS pada 20 Februari 2020 bertempat di Bilik Tayang UIDM, PSIS. Sebanyak 5 jabatan akademik dan 17 unit sokongan PSIS telah menghadiri sesi taklimat pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, En Saifulbahari Bin Mohd Rasid dan Pn Chia Soi Lee dari SCOT diatas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman tentang KIK HB. 

Seusai sesi taklimat ini, kesemua peserta akan mencadangkan tajuk dan membentuk kumpulan KIK, sebelum bertanding di Mini Konvensyen KIK HB 2020 di peringkat PSIS yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei 2020, dan seterusnya bakal mewakili PSIS di Konvensyen KIK Horizon Baru Peringkat Kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2020 pada Ogos/September 2020 nanti. 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan selamat maju jaya buat semua peserta.

SEMINAR ENVIROPOLY2016 PERINGKAT KEBANGSAAN (ENVIROPOLY2016)

7-8 SEPTEMBER 2016

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, SELANGOR

poster ada agensi terkini 19 april 16

Capaian untuk pendaftaran adalah seperti berikut: http://jtmk.psis.edu.my/enviropoly2016

Disediakan oleh,

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.
Office:03-3280 6263
Fax:03-3280 6400
Website : http://www.psis.edu.my

        INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION AND SOCIAL SCIENCE (ICEdSS2016)

TEMA: COMPREHENSIVE TRANSFORMATION: TOWARDS FUTURE WELL-BEING

        TARIKH: 2-3 NOVEMBER 2016

        TEMPAT: PARK ROYAL RESORT PENANG

ICEdSS2016

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang seperti berikut: http://www.icedss.com/

 

Disediakan oleh,

DR. ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK),
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Selangor.
Office:03-3280 6263
Fax:03-3280 6400
Website : http://www.psis.edu.my

 
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com