Tazkirah Hari Ini....

polyskills2018 header

Pertandingan Kemahiran Politeknik Malaysia (Polyskills) 2018 yang akan berlangsung dari 17 - 20 September 2018 merupakan pertandingan yang dianjurkan setiap tahun secara bergilir-gilir oleh Politeknik Malaysia mengikut zon.

Ianya merupakan landasan kepada pelajar Politeknik Malaysia yang merupakan belia negara untuk bertanding, mendapat pengiktirafan, memperolehi peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di peringkat Polyskills, seterusnya ke peringkat World Skills Malaysia Belia (WSMB). Pertandingan ini disertai oleh pelajar Politeknik Malaysia yang berumur 18 hingga 22 tahun dan berkemahiran dalam bidang yang dipertandingkan.

Pada tahun ini, sebanyak 26 bidang kemahiran yang akan dipertandingkan sepanjang Program Pertandingan Kemahiran Politeknik Malaysia (Polyskills) 2018.

Politeknik Sultan Idris Shah selaku penganjur bersama dan host kepada 8 bidang pertandingan iaitu :

  1. Electronics
  2. IT Network Administration
  3. Web Design
  4. Cooking
  5. Restaurant Services
  6. Bakery
  7. Pastry
  8. Carving

Seramai 150 orang peserta dianggarkan akan menyertai pertandingan dimana pengelolaanya adalah seperti berikut:

  1. Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) bagi 1 bidang iaitu Electronics
  2. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bagi 2 bidang iaitu IT Network Administration dan Web Design
  3. Jabatan Pelancongan daan Hospitaliti (JPH) bagi 5 bidang iaitu Cooking, Restaurant Services, Bakery, Pastry dan Carving.

Bagi mendapatkan buku program pertandingan, anda boleh memuat-turun dan memasang di telefon bimbit anda e-Book yang dibangunkan oleh Politeknik Sultan Idris Shah disini :

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.wPolyskills2018_7839278

atau scan sahaja QR Code berikut :

Polyskills 2018 ebook

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com